Wajah cantik model Korea, Moon Gabi membuatkan ramai netizen tertanya tentang asal-usul keturunannya

Sebaik sahaja dia muncul dalam program realiti TVN, Talkmon, tiba-tiba sahaja Moon Gabi menjadi tumpuan netizen sehingga viral di internet

7:03 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Wajah dan penampilan seorang model cantik Korea Selatan bernama Moon Gabi yang berwajah unik telah membuatkan dia serta-merta menjadi viral.

Moon Gabi mula terlibat dalam bidang peragaan selepas memenangi pertandingan Miss World Bikini pada 2011.

Namun, sebaik sahaja dia muncul dalam program realiti TVN, Talkmon, tiba-tiba sahaja dia menjadi tumpuan netizen.

Terpikat dengan wajah dan penampilannya yang cukup unik, Gabi pantas menduduki tangga teratas dalam enjin pencarian di internet.

Semua orang ingin tahu siapakah Moon Gabi. Adakah dia memang orang Korea Selatan? Jika dia orang Korea adakah dia memiliki darah campuran?

Dalam wawancara bersama Star News, Moon Gabi mengakui daya tarikan unik yang ada padanya itu adalah penyebab dia menjadi popular dalam tempoh yang singkat.

“Saya rasa populariti yang saya raih ini adalah disebabkan saya kelihatan berbeza daripada awajah kebiasaan yang ada di Korea.

“Penampilan saya sama sekali berbeza dan itu adalah kali pertama saya muncul dalam program realiti. Waktunya tepat dan faktor-faktor lain juga tepat,” katanya.

Moon Gabi bagaimanapun menafikan dia mempunyai darah campuran.

“Saya sering ditanyakan sama ada saya mempunyai darah campuran. Jadi, saya telah bertanya kepada ibu bapa jika mereka mempunyai keturunan bukan Korea. Mereka beritahu bahawa mereka tidak tahu akan hal itu.

“Tapi, saya sering bersolek seperti ini. Saya tidak perlu kelihatan seperti orang lain yang bukan orang Korea,” katanya lagi.

Pada waktu yang sama, Moon Gabi mendedahkan dia mewarisi ton kulit dan bentuk badan daripada bapanya, manakala bakat peragaannya pula diwarisi daripada ibunya.

“Ton kulit dan rangka badan saya ini sama seperti ayah saya. Kalau ibu saya, kulitnya sangat pucat, tetapi saya mewarisi bakat daripadanya,” jelasnya.

Sejak tampil dalam Talkmon, Moon Gabi berhasil untuk menambah jumlah pengikut di media sosialnya dan dia kini memiliki 174,000 pengikut di Instagram. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related