‘Saya tidak sabar’, Rod Stewart kembali jelajah Asia, Malaysia lokasi pertama konsertnya

Kali terakhir penyanyi itu beraksi di Asia adalah kira-kira 15 tahun lalu

1:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda, Sir Rod Stewart yang sudah dua kali menerima penghormatan di Rock & Roll Hall Of Fame, bakal kembali ke Asia sempena konsert jelajahnya Live in Concert, One Last Time.

Menariknya, Malaysia menjadi lokasi pertama untuk konsert jelajahnya itu.

Kali terakhir penyanyi yang terkenal dengan lagu Have I Told You Lately dan I don’t Want Talk About It itu beraksi di Asia adalah kira-kira 15 tahun lalu.  

Kali terakhir penyanyi tersebut beraksi di Asia adalah kira-kira 15 tahun lalu.  

Dianjurkan Live Nation, konsert tersebut akan bermula di Kuala Lumpur, disusuli Bangkok, Kaohsung, Hong Kong, Manila, Singapura dan Tokyo.

“Sudah 15 tahun sejak jelajah Asia terakhir saya, ia terlalu lama. Saya benar-benar tidak sabar untuk kembali dengan semua senarai set lagu hit saya dan salah satu produksi paling luar biasa dalam kerjaya saya,” katanya.

Beliau akan menghiburkan peminat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 4 Mac 2024. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related