‘Maafkan daddy dan mama, awak berdua tak salah’, Fizi Ali kongsi gambar keluarga di taman tema air

Shakilla Khoriri juga meminta penjelasan mengenai tindakan anak tiri Fizi yang menekup mulut Ameena Sofea dalam gambar perkahwinan dikongsinya

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baru sahaja bergelar suami buat kali kedua Isnin lalu, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali terpalit kontroversi apabila gambar perkahwinannya dikecam bekas isteri, Shakilla Khoriri.

Ia susulan mulut anaknya, Ameena Sofea ditekup oleh anak tiri Fizi sewaktu bergambar bersama selepas memperisterikan wanita dikenali sebagai Tiz, kelmarin.

Fizi Ali bersama keluarganya pada hari perkahwinannya baru-baru ini – Gambar Instagram, 25 Oktober, 2023

Shakila juga mendakwa Fizi berbohong kepadanya mengenai perkahwinan terbarunya itu sewaktu mengambil anak mereka.

Menurut Shakila, Fizi memberitahunya ingin membawa Ameena ke taman tema air.

Bagaimanapun dia tidak menyangka rupa-rupanya anak mereka diambil untuk menghadiri majlis pernikahan Fizi.

Menerusi hantaran terbaru Fizi di Instagram miliknya, dia berkongsi foto bersama keluarga barunya sedang bersuka ria di taman tema air.

Selain itu, dia turut memuat naik gambar Ameena bersama kakak tirinya yang sedang tidur sambil berpegangan tangan.

“Hari ini daddy dan mama bawa anak-anak pergi taman tema air. Dari pagi sampai ke malam jalan. Penat mereka main.

“Tidurlah sayang. Awak berdua tak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai netizen menyokong dan mempertahankan Fizi.

Komen netizen yang menyokong dan mengecam Fizi – Tangkapan layar Instagram, 25 Oktober, 2023

Mereka berpendapat hubungan Ameena dan kakak tirinya kelihatan sangat mesra dan Fizi tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa mengenai isu dibangkitkan bekas isterinya itu.

Bagaimanapun terdapat netizen yang mengecam tindakan Fizi yang tidak jujur dengan Shakila mengenai hari pernikahannya. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

Related