Tiada selebriti wanita, hanya G-Dragon, aktor Lee Sun Gyun disiasat kes dadah setakat ini

Ia susulan khabar angin mendakwa seorang idol K-pop wanita yang sudah berkahwin dan seorang bintang K-pop popular turut disiasat polis berkaitan kes penyalahgunaan dadah

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak Polis Metropolitan Incheon menafikan dakwaan bahawa terdapat sekurang-kurangnya seorang atau lebih selebriti wanita turut disiasat berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

Wakil Unit Siasatan Jenayah Dadah memberitahu media hari ini bahawa khabar angin mengenai seorang bintang K-pop wanita yang kini bergelar pelakon sedang disiasat polis adalah tidak benar.

Malah, wakil tersebut menegaskan, tiada selebriti wanita termasuk bekas atau ahli kumpulan K-pop terlibat dalam siasasatan polis ketika ini.

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa bahawa seorang idol K-pop wanita yang sudah berkahwin dan seorang bintang K-pop popular turut disiasat polis berkaitan kes penyalahgunaan dadah di sebuah kelab malam VIP di Gangnam.

Selain rapper dan komposer G-Dragon (gambar), aktor Lee Sun Gyun turut didakwa mengambil bahan terlarang itu. – Gambar Instagram, 26 Oktober, 2023

Aktor Lee Sun Gyun dikenalpasti sebagai pelanggan tetap di kelab malam mewah dan cukup privasi itu dan polis akan memanggilnya untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, penyanyi dan composer, G-Dragon pula seorang lagi artis yang disyaki mengambil barang terlarang itu.

Bagaimanapun, dia dipercayai bukanlah pelanggan tetap kelab malam tersebut.

Hasil siasatan awal polis juga mendapati seorang doktor menjadi pembekal dadah kepada Lee Sun Gyun dan G-Dragon.

Pihak polis juga menasihati orang ramai supaya tidak mencetuskan sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana ia boleh mengganggu siasatan. – 26 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Isu GISBH: ‘Jangan berlengah’ PM arah siasatan dan tindakan segera

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara penting melibatkan soal akidah umat Islam, penyalahgunaan kuasa serta agama dan penderaan kanak-kanak

Related