Dikecam hebat dek The Woman In Me, Justin sudah lama tak kongsi perkembangan diri, nekad tutup ruang komen IG

Justin dilihat tidak memuatnaik apa-apa hantaran hampir sebulan lalu, selepas berkongsi video pada 29 September mengenai lagu reunion bersama NSYNC, Better Place

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerana pelbagai kecaman dan kata-kata penuh kebencian peminat, penyanyi antarabangsa, Justin Timberlake bertindak menutup ruang komen Instagram (IG).

Situasi itu dialami Justin sebaik munculnya buku memoir, The Woman In Me ditulis bekas teman wanitanya, Britney Spears.

Menerusi buku memoir berkenaan, artis wanita yang pernah digelar ikon pop dunia era 90an sewaktu popularitinya memuncak dengan lagu Baby One More Time itu, mendedahkan dia menggugurkan kandungannya selepas hamil anak Justin pada usia 19 tahun dengan mengambil pil.

Bahkan, Britney mendedahkan Justin tidak gembira dengan kehamilannya itu dan enggan menjadi bapa pada usia muda, menyebabkan dia terpaksa menggugurkan kandungannya.

Pendedahan berani mati Britney Spears menerusi memoir berjudul The Woman In Me ternyata menggusarkan bekas teman lelakinya, Justin Timberlake. – Gambar Instagram Britney Spears, 27 Oktober, 2023

Ketika peristiwa itu berlaku, Britney dan Justin sedang menjalinkan hubungan cinta iaitu dari 1999 hingga 2001.

Pendedahan berani mati Britney itu mengejutkan peminat kedua-duanya, selain menjejaskan imej Justin yang selama ini dilihat begitu baik.

Justin bukan sahaja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung pendedahan Britney, malah pelantun lagu What Goes Around Comes Around itu, dilihat menutup ruang komen akaun Instagramnya.

Dia juga tidak memuat naik apa-apa hantaran baru dalam tempoh hampir sebulan selepas berkongsi video pada 29 September lalu mengenai lagu reunion bersama NSYNC, Better Place.

Sumber rapat dengan Justin memberitahu Daily Mail, meskipun bahagia dengan perkahwinannya bersama aktres Jessica Beil yang memasuki tahun ke-11, penyanyi itu dilihat terganggu, tidak gembira dan sangat marah dengan apa didedahkan Britney kerana ia hanya mewakili pandangan satu sisi. – 27 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related