Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1698466857:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 448
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 129495
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:140:"Azhar Sulaiman meluahkan pendapatnya tentang Ketua Hamas yang disifatkan tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima pejuang Islam dahulu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Azhar Sulaiman
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Azhar Sulaiman meluahkan pendapatnya tentang Ketua Hamas yang disifatkan tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima pejuang Islam dahulu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752233182";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752291370";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752291370
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
'Maaf ya bang kalau saya kurang ajar,' Sharnaaz hilang sabar dengan Azhar Sulaiman | Scoop

‘Maaf ya bang kalau saya kurang ajar,’ Sharnaaz hilang sabar dengan Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman meluahkan pendapatnya tentang Ketua Hamas yang disifatkan tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima pejuang Islam dahulu

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Semalam panas di media sosial apabila berlaku ‘perang’ di antara dua aktor terkenal tanah air iaitu Azhar Sulaiman dan Sharnaaz Ahmad berhubung isu Palestin.

Semuanya bermula apabila Azhar telah memuat naik kenyataan tentang pejuang Hamas yang dikatakan tidak mempunyai kebijaksanaan seperti pejuang Islam zaman dahulu.

Hantaran yang sudah dipadam ini mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azhar Sulaiman itu – Tangkapan layar Instagram, 28 Oktober, 2023

“Ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu. Lepas berjaya membuat serangan mengejut terhadap Israel, lepas tu apa?

“Buat apa berperang bila tiada strategi untuk sambung berjuang selepas serang pertama.

“Kejarlah kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan atau bersikap pentingkan diri untuk mati syahid tetapi rakyat Palestin yang jadi mangsa,” tulisnya dalam hantaran itu.

Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Apa maksud abang? Saya duk perhati setiap mesej abang. Mereka berjuang untuk agama. Kita tekan telefon bimbit dan menilai strategi mereka?

“Saya punya rasa hormat yang tinggi untuk abang. Tapi saya duk menahan diri dari mesej abang. Tolong beri sokongan dan doa sahaja sudah memadai.

“Apa maksud abang fakta tentang Israel tak akan kalah sehingga Imam Mahadi sampai dalam hayat ini? Macam mana abang tahu?” soal Sharnaaz.

Pertelingkahan di antara Azhar dan Shaarnaz semakin berpanjangan dan saling berbalas komen – Tangkapan layar Instagram, 28 Oktober, 2023

Komen itu kemudian telah dibalas oleh Azhar yang dilihat masih mempertahankan pendapatnya.

“Salam bro, perang kali ini hanyalah satu lagi episod dari kisah perang yang berpanjangan di antara mereka. Saya telah mengikuti kisah peperangan ini sejak dari kecil lagi.

“Saya cuma mempersoalkan tentang strategi mereka dalam serangan kali ini.

“Kita jangan lupa orang-orang di sekeliling kita bila kita buat sesuatu ke jalan Allah dan fikir diri kita sendiri. Saya masih dengan pendapat saya tentang isu ini,” balasnya.

Pertelingkahan di antara mereka semakin berpanjangan dan saling berbalas komen hingga akhirnya Azhar menyelar Sharnaaz yang disifatkan cuba merendahkan tahap intelektualnya.

“Berani betul awak hentam saya dan merendahkan intelektual saya ya? Terima kasih bro,” tulis Azhar.

Azhar menyelar Sharnaaz yang disifatkan cuba merendahkan tahap intelektualnya – Tangkapan layar Instagram, 28 Oktober, 2023

Tidak berdiam diri, Sharnaaz membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia sudah hilang rasa hormat pada seniornya itu dalam isu Palestin.

“Maaf ya abang kalau saya kurang ajar. Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Abang telah menghina pejuang Islam di bumi Palestin. Ingat satu perkara, saya telah hilang rasa hormat pada abang,” tulis Sharnaaz.

Selain Sharnaaz, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azhar. Malah Azhar turut berbalas komen dengan mereka.

Ia turut mendapat perhatian Caprice yang meminta Azhar untuk memadam hantarannya. Dan selepas diasak hebat, Azhar telah memadam hantaran berkenaan. – 28 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Without us, there’s no M’sia: Sabah MP fumes over claimed accent discrimination

A Sabah MP pointed out that the recent incident involving a Sabahan food delivery rider and another man was an example of how youths from the state are facing alleged discrimination.

Another judge recuses self from Najib’s appeal against ex-AG Tommy Thomas

Husband of Court of Appeal judge previously worked for PwC and was involved in asset recovery and debt management for 1MDB

Mengapa bil elektrik melonjak naik? Ini sebabnya…

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, industri tenaga di seluruh dunia berdepan dengan cabaran satu demi satu gangguan dan juga krisis. 

Related