Sinus semakin serius, Ahirine jalani pembedahan hari ini

Walaupun mengakui takut untuk menjalani pembedahan, dia terpaksa melakukannya kerana masalah itu mengganggu kerjaya seni dan kehidupan peribadinya, selain ia berisiko melarat ke mata serta otak

10:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ahirine Ahirudin terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta hari ini untuk merawat penyakit sinus dihidapinya sejak empat tahun lalu.

Menurut pelakon utama filem Gadis Jolobu itu, pembedahan terbabit yang mengambil masa empat hingga jam terpaksa dilakukan atas nasihat doktor, memandangkan masalah berkenaan semakin serius.

Katanya, doktor memaklumkan, jika ia tidak dirawat segera, jangkitannya akan melarat sehingga ke mata dan otak.

“Saya sendiri pun tidak tahu punca sinus saya hidapi ini. Tetapi, saya mula mendapatnya sejak empat tahun lalu.

“Awalnya, okay dan saya hanya mengambil ubat untuk merawatnya tetapi sekarang ini, ubat itu sudah tidak berkesan.

“Bila membuat pemeriksaan doktor, saya dinasihat melakukan pembedahan ini, jika tidak, masalah terbabit akan bertambah teruk,” katanya.

Malah, Ahirine mengakui, masalah kesihatan dialami itu turut mengganggu kelancaran kerjaya seni dan kehidupan peribadinya, justeru dia tidak mempunyai pilihan selain menjalani pembedaham berkenaan.

“Disebabkan sinus ini, hidung saya terlalu sensitif dengan macam-macam benda, termasuk bulu kucing dan sekarang, ia menganggu tumpuan saya apabila berada di set penggambaran.

“Saya sebetulnya takut. Sangat takut untuk menjalani pembedahan kerana ia pembedahan yang besar, tetapi saya tahu saya perlu kuat untuk melaluinya,” katanya.

Pelakon filem Gadis Jolobu itu mengakui masalah sinus dihidapi mengganggu kelancaran kerjaya seni dan kehidupan peribadi. – Gambar Instagram Ahirien, 1 November, 2023

Pada masa sama, Ahirine yang ketika ini menjalani penggambaran drama bersiri 10 episod berjudul Restu arahan Heykal Hanafiah memaklumkan, sebaik sahaja pembedahan berkenaan selesai, dia akan menyambung semula kerjanya.

“Kebetulan, saya tengah ‘break’ (bercuti) daripada syuting. Jadi, bila doktor beritahu saya perlu jalani pembedahan dengan segera, inilah kesempatannya,” katanya.

Selain Ahirine, drama Restu yang diterbitkan Malaysia Sdn Bhd untuk platform iQIYI dibintangi Remy Ishak, Wanna Ali, Puteri Rafasya, Siti Elizad dan Elizabeth Tan.

Di kesempatan ini, Scoop mendoakan semoga Ahirine kuat dan pembedahan yang akan dijalaninya lancar. – 1 November, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related