‘Hilang akal apa aku jadi khunsa’, Azhan Rani bimbang ramai makan hati jika dia ‘memondan’ tak sedar diri

Dek gurauan dibuat tiga hari lalu, ramai netizen menyangkakan Azhan bakal memegang watak khunsa

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Azhan Rani terpaksa tampil menjelaskan keadaan sebenar dek kerana salah faham netizen yang beranggapan, dia bakal memegang watak khunsa dalam drama Khunsa arahan Shahrul Ezad Mohammedin.

Salah faham itu tercetus apabila Azhan memuat naik sebuah hantaran berbentuk gurauan di akaun Instagramnya tiga hari lalu, bahawa dia bakal memegang watak utama dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd itu.

“Eh! Seram pulak satu Malaysia tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada saya pasal drama Khunsa ni. Dahlah skrip dia seram, lagi ramai ucap tahniah, lagi goyang dik. Saya main-main je tu,” katanya dalam satu perkongsian terbaharu.

Azhan yang baharu pulang daripada menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah memberitahu, penglibatannya di dalam drama tersebut hanyalah sebagai bapa kepada pemegang watak khunsa.

“Apapun bertenang. Maaf, sebenarnya bukan saya yang jadi khunsanya. Cuma bapa khunsa sahaja. Hilang akal apa kalau saya jadi khunsa. Siapa nak tengok?

“Apapun naskhah drama ini memang sesuatu yang serius. Watak bapa ni pun berat. Yang jadi khunsa itu, lagilah berat.

“Ada lima orang nanti kena bawa watak itu dari bayi sampailah warga emas. Yang itu nanti, kena tunggu kenyataan rasmi daripada Radius One.

“Lepas ini, tak payah ucap tahniah saya jadi khunsa. Tak pasal-pasal nanti, ramai pulak minum ‘clorox’, makan hati tengok aku memondan tak sedar diri.

“Apapun, doakan kelancaran naskhah ini dihasilkan. Semoga banyak kebaikan dan manfaat, kita sama-sama dapat daripada karya ini nanti.

“Takut memang takut dik. Terima kasih atas sokongan. Tunggu drama siri Khunsa di Astro Ramadan akan datang,” katanya.

Terdahulu dalam akaun IG rasmi Radius One, produksi milik Shahrul Ezad ini telah melakukan uji bakat untuk mencari pelakon yang sesuai membawakan watak khunsa. – 30 November, 2023

Topics

 

Popular

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Related