Apakah masa depan ‘Running Man’ selepas Jeon So Min pula berundur?

Melalui kenyataan, Jeon So Min memaklumkan penggambaran Running Man pada tanggal 30 Oktober menjadi episod terakhirnya

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Jeon So Min mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya, Lee Kwang Soo meninggalkan Running Man selepas dia bersama rancangan hiburan popular dunia itu selama enam tahun, iaitu dari 2017 hingga 2023.

Pengumuman rasmi mengenai pengundurannya daripada rancangan kegemaran ramai itu, dibuat melalui agensinya, King Kong by Starship pada 23 Oktober lalu.

Melalui kenyataan itu, So Min menyatakan penggambaran Running Man pada tanggal 30 Oktober menjadi episod terakhirnya.

Keputusan meninggalkan rancangan itu dibuat melalui perbincangan menyeluruh bersama pasukan produksi Running Man dan agensinya.

So Min akhirnya memutuskan dia perlu meninggalkan rancangan itu untuk membuat perubahan bagi menunjukkan sisi dirinya yang lebih baik.

Pengunduran Jeon So Min pasti membawa perubahan signifikan untuk Running Man dari sudut rating (penilaian) penonton, seperti mana sebelum ini apabila dua pelakon asalnya, Gary dan Kwang Soo meninggalkan rancangan itu.

Manakala, penerbit rancangan itu, Jung Cheol Min ketika sidang media pada 2019 menyatakan, pengunduran Gary pada 2016 menyebabkan berlaku penurunan penilaian penonton.

Pengunduran Lee Kwang Soo kira-kira dua tahun lalu, menyaksikan penurunan jumlah penonton yang membimbangkan – Gambar Instagram Lee Kwang Soo, 5 November, 2023

Begitu juga episod sewaktu pengunduran Kwang Soo kira-kira dua tahun lalu, menyaksikan penurunan jumlah penonton yang membimbangkan, iaitu sekitar lima peratus.

Namun, kemasukan ahli baharu seperti Yang Se Chan dan So Min selepas pemergian Gary membawa lonjakan demografi penonton lebih muda, seperti diinginkan, iaitu antara 20 hingga 49 tahun.

Memasuki tahun ke-13, Running Man melalui pelbagai evolusi dari sudut format dan nilai hiburan dipaparkan, termasuk tempat So Min yang mengundurkan diri tidak akan digantikan dengan ahli baharu.

Perkara itu dijelaskan seorang daripada pegawai daripada rancangan Running Man kepada media.

Bermakna, rancangan itu akan diteruskan dengan enam ahli yang masih kekal pasa masa ini, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, Haha, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan.

Keputusan mengekalkan enam ahli itu menimbulkan persoalan berhubung bentuk format rancangan terbabit untuk masa akan datang.

Selepas pengunduran Kwang Soo, rancangan itu diteruskan tanpa ahli baharu dan kini dengan tindakan Jeon So Min menarik diri, baki peserta lelaki dan wanita yang bersama rancangan berkenaan, perlu dipertimbangkan jika mereka ingin terus kekal mendapat tempat di hati penonton. – 5 November, 2023

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related