Shuib tidak pernah lantik orang tengah urus pembukaan francais bisnes minuman, ‘saya akan beri kerjasama penuh kepada polis’

Shuib memaklumkan, mereka yang ingin membuka francais di bawah jenama produknya itu boleh berkunjung terus ke ibu pejabat syarikat

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Macam-macam cara digunakan manusia untuk menipu dan ‘menangguk di air keruh’, malah hal ini turut terpalit dengan bisnes minuman berasaskan madu yang sekian lama diusahakan Shuib Sepahtu.

Mendedahkan perkara terbabit melalui perkongsian di Instagram, pelawak dan penyampai radio itu memuat naik keratan berita mengenai seorang individu bergelar ‘datuk’ berhubung penipuan wang lebih RM1 juta.

“Bertindak atas maklumat awam dan sebaran umum pihak polis berhubung seorang individu bergelar ‘datuk’ palsu beberapa hari lepas, individu sama juga dikenal pasti menipu duit orang awam kononnya untuk pelaburan dalam francais bisnes minuman kami,” katanya.

Sehubungan itu, Shuib berkata, dia sudah membuat laporan polis dan akan memberikan kerjasama penuh berdasarkan maklumat diterima setakat ini.

“Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang maklumat sekiranya nama/logo/gambar dan video saya dan/atau syarikat disalahguna untuk tujuan pelaburan salah ataupun jenayah lain,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut mengingatkan bahawa syarikat minumannya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai pihak ketiga atau orang tengah untuk membuka francais.

“Syarikat saya mempunyai SOP (prosedur operasi standard) khusus mengenai pembukaan francais yang perlu dipatuhi secara terus, tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga yang penuh misteri.

“Kepada yang berminat untuk memiliki francais (produk kami), boleh berurusan secara terus dengan ibu pejabat syarikat,” katanya yang kini semakin bahagia selepas mendirikan perkahwinan buat kali kedua dengan Watie.

Kaki Scoop: Pening juga jadi usahawan untuk jenama produk popular ya, sebab adakalanya kita terpaksa berdepan dengan penipuan sebegini. Tapi, itulah dugaan orang berbisnes. Semoga Shuib terus tabah. – 4 November, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related