‘Mudahnya kau nak minta RM100 juta’, Aliff Syukri dakwa Diva AA cuba ambil kesempatan

Aliff Syukri mempersoalkan tindakan Diva AA yang mahu meneruskan saman RM100 juta terhadap dirinya

9:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri mempersoalkan tindakan pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA yang mahu meneruskan saman RM100 juta ke atas dirinya.

Perkara itu diluahkan Aliff Syukri menerusi video ringkas yang dimuat naik di TikTok miliknya, petang tadi.

“RM100 juta? Mudahnya kau nak minta RM100 juta. Saya ni malas tau nak gaduh dengan orang. Saya tak suka bagi orang popular.

“Tapi kadang-kadang orang ni kan, suka ambil kesempatan atas nama saya. Aku buat apa dengan dia? Aku buat apa?

“Mahkamah tak ‘bongoklah’ nak bagi orang RM100 juta. Percayalah cakap dia,” katanya dalam nada marah.

@abangterlajaklaris

biar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja

♬ original sound – Papa Laris

Sekali pun, Aliff Syukri tidak menyebut nama Diva AA dalam video tersebut, tetapi jelas sekali luahannya itu merujuk kepada pengacara berkenaan.

Apatah lagi apabila Diva AA tampil membuat kenyataan kepada Scoop awal hari ini bahawa dia meneruskan saman sebanyak RM100 juta terhadap Aliff Syukri.

Sebagai reaksi balas, Aliff Syukri turut memaklumkan akan menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan isu perbalahan yang tercetus di antara mereka.

“Biar Allah balas. Saya tak maki hamun orang. Biar peguam buat kerja,” tulisnya ringkas.

Insiden antara kedua-dua mereka tercetus apabila Aliff Syukri menarik rambut dan mengheret Azwan ketika acara persembahan popular, The Roast of Okay Let’s Go di Star Theatre, Singapura pada 3 November lalu, kira-kira jam 10 malam.

Meskipun Aliff Syukri sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sambil melutut di hujung persembahan, Diva AA menganggap perbuatan itu sebagai biadap serta keterlaluan.

Bahkan, katanya, tindakan itu juga dilakukan dengan niat untuk menganiaya dirinya.

Sehubungan itu, Azwan tekad mahu meneruskan saman terhadap Aliff Syukri untuk ‘mengajar’ usahawan tersebut yang disifatkannya sebagai ego dan menganggap dirinya terlalu hebat. – 6 November, 2023

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

[UPDATED] Moral responsibility: ministers with multiple pensions should choose only one, says Anwar

Government politicians receiving multiple pensions have a moral responsibility to only opt for one pension scheme, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Related