‘Mungkin mereka gementar’ – Fattah Amin pertahan finalis HeroDewi Remaja 2023 gara-gara tak faham peribahasa

Fattah yang menjadi juara Hero Remaja pada 2013 berkata finalis tersebut mungkin terlalu gementar kerana pertama kali bertemu dengan pihak media

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon popular, Fattah Amin mempertahankan finalis HeroDewi Remaja 2023 yang dikecam netizen selepas dikatakan tidak memahami maksud peribahasa Melayu.

Menurut Fattah yang merupakan juara Pencarian Hero Remaja pada 2013, ketika itu mungkin peserta terbabit gementar apatah lagi apabila berhadapan dengan banyak kamera.

“Mungkin mereka ‘nervous’. Saya pun dulu sewaktu baru-baru ditemuramah pihak media ada perasaan gementar bila berhadapan dengan banyak kamera. Mungkin terkeluar ayat-ayat yang tidak sepatutnya. Pada saya perkara itu ‘normal’ untuk pendatang baru.

“Tetapi adalah lebih baik jika mereka membuat persediaan rapi sebelum pertandingan ini. Jadi apabila pihak media, peminat dan penonton melihat mereka, maka pihak tersebut akan terpegun dengan peserta terbabit. Orang akan lebih hormat dengan mereka,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular video para finalis HeroDewi Remaja 2023 yang tidak faham maksud sebenar peribahasa Melayu sehingga mendapat kecaman ramai dan disarankan supaya dihantar ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Peserta tersebut tidak dapat menghurai peribahasa yang diberikan dan lari dari maksud sebenar.

Seramai 16 peserta akan berentap merebut gelaran juara HeroDewi Remaja 2023.

Menurut Fattah yang merupakan juara Pencarian Hero Remaja pada 2013, ketika itu mungkin peserta terbabit gementar apatah lagi apabila berhadapan dengan banyak kamera. – Gambar Instagram, 7 November, 2023

Fattah turut menitipkan pesanan kepada para pelapisnya agar tidak cepat mengalah dengan kritikan.

“Jangan cepat mengalah. Kritikan adalah perkara biasa bila anda mula melangkah masuk ke dalam industri ini. Jangan ambil kritikan itu sebagai satu benda yang boleh buat kita ‘down’. 

“Teruskan belajar kerana proses pembelajaran itu akan membuatkan kita jadi lebih baik supaya kita dapat berlakon dan menghasilkan karya yang orang suka,” kongsinya. 

Fattah bukan sahaja seorang pelakon  dan usahawan yang berjaya, tetapi dia juga punya imej bersih. 

Kata suami kepada Nur Fazura ini, penting untuk pendatang-pendatang baru untuk menjaga imej dan nama mereka.

“Sangat penting untuk pendatang yang masih baru untuk jaga imej mereka sebaik mungkin. Kerana daripada situ orang akan lihat sama anda anda boleh bertahan atau tidak di dalam industri ini. 

“Pihak media sendiri boleh lihat dan nilai sikap anda bagaimana. Termasuklah rumah produksi. pengarah dan penerbit akan bercakap jika anda tak ada ‘attitude’ yang baik. 

“Jangan hanya fikir masuk industri ini untuk popular semata-mata. Macam saya dulu, saya masuk industri ini sebab nak cari rezeki untuk keluarga. Paling penting jaga nama, sikap dan sentiasa merendah diri serta jangan sombong,” ujarnya. – 7 November, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related