Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1699864711:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 418
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 134796
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:139:"Selepas mendapat kritikan hebat pada tahun lalu kerana mengadakan konsert di lokasi yang kecil, Noah kembali lagi ke Kuala Lumpur tahun ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Noah konsert kuala lumpur
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Selepas mendapat kritikan hebat pada tahun lalu kerana mengadakan konsert di lokasi yang kecil, Noah kembali lagi ke Kuala Lumpur tahun ini
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 62
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749489674";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648367";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648367
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Noah tunai janji pada peminat Malaysia, bikin konsert di lokasi lebih besar sebelum berehat panjang | Scoop

Noah tunai janji pada peminat Malaysia, bikin konsert di lokasi lebih besar sebelum berehat panjang

Selepas mendapat kritikan hebat pada tahun lalu kerana mengadakan konsert di lokasi yang kecil, Noah kembali lagi ke Kuala Lumpur tahun ini

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kumpulan muzik terkenal Indonesia, Noah akan berehat panjang selepas mengadakan konsert di lokasi yang lebih besar, di Mega Star Arena Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Noah, yang dianggotai Ariel, Lukman dan David, turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada peminatnya, dan memaklumkan mereka kembali mengadakan persembahan di Mega Star Arena pada malam itu, sebagai menunaikan janji kepada peminat.

Tahun lalu Noah membuat persembahan di Zepp Kuala Lumpur, namun mendapat rungutan daripada peminat mereka kerana tiket konsert habis dijual dalam masa singkat.

Noah kembali mengadakan konsert di Kuala Lumpur selepas menerima banyak rungutan daripada peminat kerana tiket konsert tahun lalu habis dijual dalam masa singkat – Gambar ihsan penganjur, 13 November, 2023

Lalu demi mengubati kekecewaan peminat, mereka kembali tahun ini di lokasi yang lebih besar dalam konsert yang diberi nama Noah Menemaniku Kuala Lumpur. Kesemua tiket telah habis dijual dan konsert ini dihadiri lebih 5,500 peminat.

“Kali terakhir kami ke sini, katanya tempatnya terlalu kecil. Jadi kami pilih yang lebih besar. Tetapi biarpun tempat ini lebih besar, tetapi kelihatan masih kecil kerana ramai sangat yang datang.

Noah menyanyikan 26 lagu pada konsert tersebut, antaranya Ada Apa Denganmu, Bintang Di Surga, Menghapus Jejakmu, Menunggumu dan Tak Bisakah – Gambar ihsan penganjur, 13 November, 2023

“Terima kasih kerana sudi datang ke konsert terakhir kami di Kuala Lumpur. Selepas ini kami akan berehat panjang. Jadi malam ini mesti kita kenang,” kata Ariel membuka bicara.

Sebanyak 26 lagu telah dinyanyikan pada malam tersebut antaranya Ada Apa Denganmu, Bintang Di Surga, Menghapus Jejakmu, Menunggumu, Tak Bisakah dan banyak lagi.

Noah turut mendendangkan lagu terbaru mereka berjudul Suara Dalam Kepala yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow. Ia adalah satu kejutan pada malam itu.

Noah turut mendendangkan lagu terbaru mereka berjudul Suara Dalam Kepala yang dinyanyikan secara duet bersama penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow – Gambar ihsan penganjur, 13 November, 2023

Keadaan di dalam arena menjadi gegak gempita apabila seorang peminat bertuah terpilih untuk naik ke atas pentas dan menemani Ariel sewaktu menyampaikan lagu Ini Cinta.

Sambil berpandangan antara satu sama lain, Ariel menyanyikan bait-bait lagu Ini Cinta sambil memberikan kuntuman bunga mawar kepada peminat berkenaan membuatkan seluruh peminat yang hadir berasa cemburu melihat aksi romantis itu.

Ariel menyanyikan bait-bait lagu Ini Cinta sambil memberikan kuntuman bunga mawar kepada peminat bertuah – Gambar ihsan penganjur, 13 November, 2023

Menghargai para peminatnya yang duduk di bahagian belakang, Ariel mengubah posisi nyanyiannya di pentas kecil yang disediakan di bahagian tengah arena membolehkan para peminatnya melihat dengan lebih dekat. Tindakan yang wajar diberikan pujian. Setidaknya semua peminat yang hadir dapat melihatnya dengan lebih dekat.

Sambil mengucapkan selamat tinggal dalam nada sedih, Noah menutup acara pada malam itu dengan lagu hit mereka Mungkin Nanti yang menjadi debut kumpulan itu di Malaysia pada 2005.

Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur telah dibawakan khas oleh YOLO Malaysia. Terdahulu sehari sebelum konsert berlangsung, Noah berkesempatan bertemu ahli kelab peminatnya di sebuah hotel di ibu kota – 13 November, 2023

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related