Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1700055091:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 438
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 135480
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:122:"Berita yang menyedihkan itu telah dikongsi kumpulan Inteam menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka sebentar tadi";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Suhaimi Saad meninggal dunia
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Berita yang menyedihkan itu telah dikongsi kumpulan Inteam menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka sebentar tadi
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752453073";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752145963";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752453073
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => bekas-penyanyi-kumpulan-inteam-suhaimi-saad-meninggal-dunia
        )

)
Bekas penyanyi kumpulan Inteam, Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru | Scoop

Bekas penyanyi kumpulan Inteam, Suhaimi Saad meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Berita yang menyedihkan itu telah dikongsi kumpulan Inteam menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka sebentar tadi

9:08 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan Inteam, Suhaimi Saad, 43, telah menghembuskan nafas yang terakhir di ICU Hospital Sultan Ismail Johor Bahru, kira-kira jam 7.40 malam, sebentar tadi.

Berita yang menyedihkan itu telah dikongsi kumpulan Inteam menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram mereka sebentar tadi.

“Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada pencipta-Nya sebentar tadi jam 7.40 malam.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulis Inteam di dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pula memaklumkan Suhaimi dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas disebabkan batuk kronik dan cirit-birit berpanjangan disahkan ada jangkitan paru-paru.

“Semalam bacaan oksigen beliau semakin merosot dan terus menurun hari ini,” kata Seniman dalam kenyataannya.

Difahamkan Suhaimi yang juga merupakan suami kepada Ina Naim telah dimasukkan ke ICU dan ditidurkan selepas keadaan semakin kurang baik.

Beberapa media tempatan melaporkan Suhaimi sudah seminggu ditahan di wad selepas dibawa bapa mentuanya.

Dia dikatakan mengalami muntah-muntah setiap kali makan sehingga susut berat badan. Berita mengenai Suhaimi itu mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mendoakan dia kembali sihat.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. – 15 November, 2023

Topics

 

Popular

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Related