Hubungan dengan Azri Iskandar dingin, Azra Diera enggan komen, ‘saya mahu bercuti dulu’

Menurut Azra, dia lebih gemar mendiamkan diri daripada mengeruhkan lagi keadaan

10:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penulis skrip, Azra Diera Abdul Hamid, 44, enggan mengulas dakwaan pelakon Azri Iskandar yang juga tunangnya mengenai hubungan mereka semakin dingin.

Menurut Azra, dia lebih gemar mengambil sikap untuk mendiamkan diri daripada mengeruhkan lagi keadaan.

“Minta maaf, saya memang tidak mahu mengulas apa-apa buat masa ini. Saya terlalu penat bekerja dan mahu bercuti untuk merehatkan diri.

“Insya-Allah, mungkin saya akan buat sidang media nanti bersama wartawan untuk menjelaskan keadaan,” katanya kepada Scoop.

Azra berkata demikian selepas Scoop cuba menghubunginya menerusi ruang mesej peribadi di Facebook miliknya.

Azra yang sebelum ini didakwa Azri berpangkat Datuk Seri juga enggan memberikan sebarang komen sama ada tunangnya itu akan dimaklumkan mengenai sidang media itu atau tidak.

Ditanya mengenai tarikh sidang media tersebut, Azra berkata, dia merancang untuk mengadakannya pada tahun depan.

“Saya mahu bercuti dahulu,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Azri atau nama sebenarnya Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, mendakwa hubungannya dengan Azra sudah mula renggang.

Bahkan, mereka juga sudah setahun tidak bertemu, selain kurang berbalas mesej seperti selalu.

Azri dan Azra sudah mengikat tali pertunangan pada Jun 2022 di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.

Pasangan ini kemudian merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini, namun sering tertangguh kerana kesibukan kerja masing-masing.

Hubungan Azri dan Azra mula terjalin selepas seminggu lebih aktor ini bercerai dengan bekas isterinya, Ellie Suriaty Omar.

Azri bercerai dengan Ellie pada 17 Mei tahun lalu dan dia kemudian menjalinkan hubungan dengan Azra pada 29 Mei.

Namun, sejak di awal hubungan, Azra tidak pernah mendedahkan identiti dirinya sehingga ada pihak mendakwa Azri terjebak dengan kegiatan ‘Catfish’ berikutan identiti dan latar belakang Azra yang penuh misteri dan mengelirukan.

Malah, ada pihak juga mendakwa bahawa Azra sebenarnya tidak wujud dan hanyalah sekadar nama samaran digunakan ’individu misteri’ untuk memancing jiwa Azri bagi mewujudkan alam percintaan mereka. – 19 November, 2023

Topics

 

Popular

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

New beginnings: Sabah debuts its own MM2H programme

Move aims to attract retirees, expatriates, long-term residents amid disagreements with federal Tourism Ministry

Related