Peminat Coldplay ‘berkampung’ seawal 9 pagi di luar stadium, ada yang tunggu sambil makan nasi bungkus

Ada yang membawa makanan termasuk nasi bungkus untuk bersarapan sambil menunggu kaunter menebus gelang tangan tersebut dibuka

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Peminat Coldplay tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kumpulan berkenaan beraksi malam ini dan sanggup menunggu di luar Stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 9 pagi ini.

Menerusi hantaran salah seorang netizen di aplikasi X, kelihatan ramai pembeli tiket telah beratur awal pagi bagi menebus gelang tangan yang hanya akan dibuka pada jam 12 tengah hari. 

Ada yang membawa makanan termasuk nasi bungkus untuk bersarapan sambil menunggu kaunter menebus gelang tangan tersebut dibuka. 

Selain itu, official merchandise seperti baju-T, botol air, topi, event poster, buku program, hoodie turut dijual dengan harga antara RM60 hingga RM425.

Kesemua pembeli tiket tersebut hanya akan dibenarkan masuk ke dalam ruangan stadium pada jam 5 petang. Dan konsert dijangka berlangsung pada jam 8.45 malam.

Seramai 80,000 penonton dijangka memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini bagi menyaksikan persembahan bersejarah kumpulan Coldplay yang pertama kali membuat persembahan di Malaysia.

Terdahulu, tiket untuk menyaksikan konsert ini telah habis dijual dalam masa tiga jam sahaja apabila dibuka untuk jualan pada Mei lalu. – 22 November, 2023

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related