Padam gambar suami di IG, Mawar Rashid bakal bercerai?

Pasangan tersebut dikatakan dalam proses perceraian dan sepatutnya hadir ke mahkamah

11:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan sensasi, Mawar Rashid dipercayai sudah memadam gambar suaminya di Instagram serta tidak lagi mengikuti akaun Raf Yaakob.

Menurut laporan yang dikeluarkan beberapa portal berita, pasangan tersebut dikatakan dalam proses perceraian dan sepatutnya hadir ke mahkamah.

Sebelum ini sudah ada gosip mengatakan rumah tangga mereka dilanda badai.

Malah, keputusan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, untuk tidak lagi bertudung juga menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Mawar ketika dihubungi pihak media bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2017.

Sepanjang enam tahun berkahwin, Mawar dan Raf dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang berusia 10 bulan. – 23 November, 2023

Topics

 

Popular

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Guru guna gambar ‘askar China’ pada poster dikenakan tindakan tatatertib: Fadhlina

Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan tegas melalui siasatan Unit Integriti dan tindakan tatatertib terhadap guru itu

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Related