Aquaria jadi saksi perkenalan Nabila Razali, suami

Nabila bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar perkenalan mereka kerana baginya masa itu tidak penting

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabila Razali mengakui dia bukan sengaja mahu merahsiakan hubungan cinta dan pertunangannya dengan Nik Iruwan Nik Izani sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu.

Menurut Nabila, dia lebih senang mengambil pendekatan untuk mengenali hati budi pasangan hidupnya terlebih dahulu selain tidak bersedia untuk berkongsi mengenainya kepada orang ramai.

Nabila Razali dan suami Nik Iruwan Nik Izani dalam persalinan ala Jawa. – Gambar Ellyna Ali, 27 November, 2023

“Sebab dalam perkenalan itu, ia hanya mengenai kamu berdua, tidak perlu penglibatan orang lain. Selalu juga orang kata, kalau kita bertunang elok rahsiakan dahulu. Jadi, saya rasa itu yang sebaiknya.

“Sebagai ‘public figure’, sudah tentu orang semua nak tahu gerak-geri saya dan nak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan dan kisah peribadi saya. Tapi, ketika itu saya masih belum bersedia untuk berkongsi kepada orang ramai.

“Dan, sewaktu Nik Iruwan melamar saya dan pada tarikh pernikahan saya iaitu pada 18 November lalu, barulah saya membuat keputusan untuk memaklumkannya kepada peminat.

“Saya tidak mahu orang tertanya-tanya sampai timbulkan fitnah. Lebih baik ia datang dari mulut tuan badan sendiri,” katanya pada sidang media selepas majlis resepsi keduanya yang bertemakan perkahwinan Jawa, malam tadi.

Nabila bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar perkenalan mereka kerana baginya masa itu tidak penting.

“Yang penting adalah momen kami bersama. Sepanjang perkenalan kami, ia tidaklah sempurna dan ada kekurangannya tetapi ada juga kelebihannya. Tapi, itulah yang melengkapi hubungan kami,” katanya.

Penyanyi yang baru sahaja melancarkan single baharunya, Hanya Kamu pada majlis resepi kedua perkahwinannya itu, bagaimanapun mengakui bahawa Aquaria yang terletak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) adalah salah satu lokasi perkenalan mereka.

“Di situ (Aquaria) kami banyak berborak. Nak pergi coffee house susah sebab ada ramai orang yang nak ambil gambar. Di Aquaria lebih mudah untuk kita kenal antara satu sama lain.

“Ada juga peminat kecil yang jumpa saya di situ. Tapi, fokus saya ketika itu memang kepada Nik,” katanya.

Ditanya apa yang membuatkan dia memilih Nik Iruwan sebagai pasangan hidupnya, Nabila berkata, pada pandangan matanya, Nik Iruwan seorang lelaki yang sangat matang.

“Sewaktu perkenalan, banyak perkara yang dia ada melengkapi kekurangan yang ada pada saya. Selebihnya, hanya Allah SWT sahaja yang tahu dan hanya saya sahaja yang tahu.

“Saya harap hubungan kami akan kekal hingga ke jannah dan saya juga harap orang ramai akan mendoakan hubungan kami,” katanya.

Sementara itu, Nik Iruwan pula memberitahu, Nabila adalah seorang wanita yang hebat dan hingga saat ini dia masih belum berjaya menemui kelemahan isterinya itu.

“Jujur, kami memang baru saling mengenali pada tahun ini. Semuanya berjalan lancar. Untuk saya mengahwini dia, adalah satu keputusan yang besar. Begitu juga dia.

“Tapi, saya tidak punya rasa berbelah bahagi untuk mengahwininya. Dia sangat teratur dan penuh bersemangat. Saya rasa, dalam tempoh seminggu ini dan tinggal bersama dia adalah perkara paling menggembirakan dalam hidup saya.

“Kali pertama keluar dengan dia di tempat umum, ramai peminat kecil yang mengambil gambar bersamanya. Saya terkejut dia mempunyai ramai peminat,” katanya.

Hanya dengan sekali lafaz, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan kira-kira jam 10.11 pagi semalam. – Gambar Ellyna Ali/Scoop, 27 November, 2023

Mengenai tema Jawa dalam majlis resepsi kedua perkahwinannya itu, Nabila berkata, tema itu menjadi pilihan kerana bapanya berketurunan Jawa.

“Kalau di rumah atau pulang ke kampung, dia masih cakap Jawa. Sebelum ini, saya pilih tema English Garden dalam resepsi pertama. Untuk resepsi kedua, saya memang pilih tema Jawa ini kerana ia terasa lebih dekat lagi dengan susur galur keturunan bapa saya,” katanya.

Terdahulu, Nabila diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November lalu.

Hanya dengan sekali lafaz, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan, 38, kira-kira jam 10.11 pagi.

Nabila dan Nik Eruwan turut diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden Party yang berlangsung pada sebelah petang di lokasi sama. – 27 November, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related