Misha Omar mohon maaf pada Hannah Yeoh, ‘Lain kali dah tak tumpang duduk dah’

Misha berkata ia sangat bermakna untuk penghibur sepertinya apabila VIP sangat sporting, sangat merendah diri, cuba untuk menjadi sebahagian daripada persembahan.

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Misha Omar mengakui tidak dapat tidur lena selepas menyedari dia telah menumpang duduk dengan begitu selesa di sebelah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu majlis, baru-baru ini.

Misha membuat permohonan maaf itu menerusi ruang komen di Instagram Hannah selepas Menteri berkenaan meluahkan perasaan gementar apabila didekati oleh penyanyi berkenaan, yang tiba-tiba mengajaknya menyanyi.

Misha, yang mengenakan suit rona merah telah menghiburkan tetamu pada majlis penyampaian skim hadiah kemenangan atlet Malaysia (SHAKAM) Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 2022, dengan beberapa lagu termasuk Standing In The Eyes Of The World yang dipopularkan Ratu Rock, Ella.

Gelagat bersahaja Misha ketika mengusik Hannah pada majlis penyampaian skim hadiah kemenangan atlet Malaysia (SHAKAM) Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 2022, baru-baru ini. – Gambar Instagram Misha Omar dan Hannah Yeoh, 27 November, 2023

“Saya tak boleh tido satu malam tau YB, sebab saya tumpang duduk macam selesa betul dekat tempat letak lengan tu. Macam tak sopan pula.

“Dan saya tidak berpeluang untuk memohon maaf. Masa tengah nyanyi, baru sedar. Minta maaf ya. Lain kali, dah tak tumpang duduk tau. Tapi, untuk membuatkan anda tidak menyanyi di masa akan datang, saya tak janji. Mungkin kita patut melakukannya di pentas,” tulis Misha sambil tertawa.

Komen Misha itu mendapat respon daripada Hannah yang menyatakan beliau agak ‘tertekan’ kerana tidak mengetahui lirik lagu Standing In The Eyes Of The World.

“Tidak ada masalah duduk dengan saya, kamu Misha Omar. Masa tu saya tengah ‘stress’ tengok lirik dalam phone kerana Misha suruh semua orang ‘google’ lirik.

“Lagu Ella pulak tu, bukan senang untuk nyanyi. Lirik tak keluar daripada mulut, jadi saya pulangkan mic. Sorry betul tak tahu nyanyi,” kata Hannah.

Misha kemudian membalasnya dengan menyatakan terima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk berada berhampiran Hannah dan menghibur beliau serta semua wira-wira negara.

“Setidak-tidaknya kamu cuba untuk menyanyi dengan saya walaupun sedikit. Ia sangat bermakna untuk penghibur seperti saya apabila VIP sangat sporting, sangat merendah diri, cuba untuk menjadi sebahagian daripada persembahan. Terima kasih,” katanya. – 27 November, 2023

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

What unfulfilled Bumiputera rights are you talking about, Kepong MP asks Muhyiddin

Lim Lip Eng slams Muhyiddin’s proposal for a Malay-Bumiputera 'umbrella body,' calling it unnecessary and vague

Related