Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1701352237:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 234
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 140778
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Kuku Faizal tercabut selepas melakukan babak aksi bersama Hun Haqeem dalam drama adaptasi dari Korea Selatan itu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => W: Two Worlds
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pelakon berkaliber, Faizal Hussein menyifatkan wataknya dalam drama bersiri terbaru terbitan Viu Malaysia, W: Two Worlds adalah yang paling mencabar sepanjang kariernya.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750683051";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750683051
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
W:Two Worlds projek paling mencabar sepanjang karier, kuku Faizal Hussein tercabut gara-gara babak aksi | Scoop

W:Two Worlds projek paling mencabar sepanjang karier, kuku Faizal Hussein tercabut gara-gara babak aksi

Kuku Faizal tercabut selepas melakukan babak aksi bersama Hun Haqeem dalam drama adaptasi dari Korea Selatan itu

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon berkaliber, Faizal Hussein menyifatkan wataknya dalam drama bersiri terbaru terbitan Viu Malaysia, W: Two Worlds adalah yang paling mencabar sepanjang kariernya.

Dalam drama adaptasi dari Korea Selatan itu, Faizal membawa watak Omar Yusuf seorang pelukis komik yang akhirnya bertukar menjadi realiti.

Menurut Faizal atau nama penuhnya, Mohd Faizal Hussein, 56, selepas memenangi beberapa anugerah dalam bidang lakonan, dia akan mencari naskhah yang mencabarnya sebagai seorang pelakon.

“Bila ditawarkan untuk terlibat dengan drama W: Two Worlds, boleh dikatakan ini adalah projek paling susah untuk Faizal Hussein.

“Saya terlibat dengan beberapa babak besar dan melibatkan set penggambaran besar. Watak yang saya lakonkan memerlukan persediaan rapi,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama W: Two Worlds.

Tambah Faizal, dia turut mengalami kecederaan kerana melakukan sendiri babak aksi sehingga kukunya tercabut.

Ada beberapa babak ‘stuntman’ dilakukan sendiri oleh Faizal Hussein – Gambar Viu Malaysia, 30 November, 2023

“Ada babak yang produksi telah sediakan ‘stuntman’, tetapi saya minta untuk buat sendiri. Saya bukan nak menunjuk-nunjuk. Tetapi apa yang saya rasa boleh buat, saya akan buat.

“Bila saya buat sendiri aksi itu, pengarah akan pastikan muka saya kelihatan dalam babak itu agar nampak lebih ‘real’.

“Kuku jari tangan saya jadi cacat sehingga hari ini. Manakala kuku kaki saya pula sampai tercabut sewaktu melakonkan babak aksi bersama Hun Haqeem.

“Banyak babak aksi yang saya terpaksa lakonkan dalam jangka masa yang lama. Tetapi saya memang sukakan kerja berat. Sebab itu saya tak kisah jika kuku saya tercabut. Sebelum ini kuku saya pernah tercabut juga sewaktu membintangi filem Janji Diana,” kongsinya.

Selain Faizal, drama arahan Datuk Yusri Abdul Halim itu turut dibintangi oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Elizabeth Tan, Mierul Aiman dan ramai lagi.

W: Two Worlds kini boleh ditonton di platform penstriman Viu Malaysia bermula hari ini – 30 November 2023.

Topics

 

Popular

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Here’s the Scoop: seeking forgiveness for taking God’s name in vain

IRRESPECTIVE of your faith, religion teaches us to see God in everything. Be it the first light of day or the shadow of the moon, the wind in the trees, or the chirping of the birds, in the laughter of children as well as the suffering of the less fortunate.

Related