Nadhir Nasar elak kontroversi demi jaga gelaran Hero Remaja, ‘ia tanggungjawab besar bagi saya’

Nadhir antara pendatang baru yang bersih dari gosip liar berbanding rakan artis lain

7:00 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelakon semakin meningkat naik, Nadhir Nasar mengakui gelaran Hero Remaja 2020 yang disandang membuatkannya menjaga tingkah laku sebagai seorang selebriti.

Sejak bergelar seorang selebriti, Nadhir antara pendatang baru yang bersih dari gosip liar mahupun kontroversi berbanding rakan artis lain.

Menurut Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dia sememangnya cuba menjaga imej sebagai selebriti dan mengelak terpalit daripada sebarang kontroversi.

“Sebagai seorang selebriti yang menjadi perhatian ramai, sudah tentu kita kena jaga imej kita. Tetapi sahaja sekadar menjadi diri saya. Alhamdulillah saya masih Nadhir seperti saya belum jadi seorang selebriti.

“Apa yang saya ada dulu, itulah yang saya bawa sekarang. Tiada keperluan untuk saya berubah sikap apabila memegang status sebagai seorang selebriti dan pengikut akaun media sosial semakin bertambah.

“Gelaran Hero Remaja yang pernah saya menang dulu adalah satu tanggungjawab besar bagi saya. I started from zero to hero through Hero Remaja. (Saya bermula dari kosong sehingga menjadi seseorang menerusi Hero Remaja). Jadi saya perlu jaga gelaran ini. Tetapi at the end of the day (akhirnya), dalam hidup ini kita buat baik sahajalah. Tiada apa yang nak dikejarkan,” katanya kepada Scoop.

Melihat namanya begitu menyerlah pada 2023 dengan deretan drama dibintanginya, Nadhir berkata, dia turut memilih naskah yang bersesuaian dengannya.

“Saya tidak main ambil sahaja semua watak yang ditawarkan kepada saya. Ada juga watak yang saya rasa kurang sesuai dengan kemampuan diri saya. Saya rasa ada lebih ramai pelakon sesuai untuk menggalas watak tersebut. Lebih baik diberikan kepada mereka.

“Bukanlah nak kata saya menolak rezeki. Saya sentiasa percaya rezeki Allah. Cuma kadang-kadang apa salahnya kita berkongsi rezeki dengan orang lain yang lebih layak,” katanya.

Terbaharu, Nadhir bakal membintangi sebuah filem bergenre aksi komedi bertajuk Klepet.

Dalam filem tersebut dia akan bergandingan dengan dua sahabat baiknya iaitu Aedy Ashraf dan Meerqeen. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related