Netizen terkejut lihat babak cium berlapik di antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem

Babak dalam drama W : Two Worlds versi Malaysia itu kini sedang tular di media sosial

2:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Babak bercium di antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem dalam drama terbaru lakonan mereka iaitu W : Two Worlds yang disiarkan di platform penstriman Viu Malaysia telah mendapat perhatian ramai.

Adegan babak bercium dalam drama arahan Datuk Yusri Abdul Halim itu kini sedang tular di media sosial.

Biarpun berlapik dengan kain, namun ada penonton yang kurang selesa melihat babak itu.

Rata-rata mereka meluahkan rasa malu menonton drama tempatan yang melibatkan babak seperti itu.

“Tolong Malaysia, babak bercium jangan dibiasakan. Tak manis orang Melayu Islam macam tu. Harap pengarah lebih sensitif,” tulis salah seorang pengguna Tik Tok.

“Sekejap, walaupun berlapik tetap bersentuhan bibir tu. Ya Allah,” tulis seorang lagi netizen.

Drama W: Two Worlds yang diadaptasi dari Korea Selatan mengisahkan tentang watak dalam komik yang dilakonkan oleh Hun Haqeem akhirnya menjadi realiti.

Selain Daiyan dan Hun, drama ini turut dibintangi oleh Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Faizal Hussein, Tony Eusoff dan ramai lagi.

W: Two Worlds ditayangkan secara dalam talian di Viu Malaysia setiap Khamis sebanyak dua episod setiap minggu – 5 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related