Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1702601567:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 145393
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:108:"Abdul Rahman juga enggan memberikan komen mengapa Areel digugurkan sebagai pengarah pertama filem epik itu
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Pendekar Awang
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Belumpun filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ditayangkan di pawagam, namun filem epik ini sudahpun mencetuskan beberapa kontroversi berhubung pertukaran beberapa pengarah serta imej dan pemakaian orang Melayu pada abad ke-19 seperti dalam poster dan trailernya.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 765
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752391680";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752391680
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => selepas-3-kali-bertukar-siapa-pengarah-terbaharu-filem-pendekar-awang
        )

)
Selepas 3 kali bertukar, Shahruddin Mt Dali pengarah terbaharu Filem Pendekar Awang | Scoop

Selepas 3 kali bertukar, Shahruddin Mt Dali pengarah terbaharu Filem Pendekar Awang

Abdul Rahman juga enggan memberikan komen mengapa Areel digugurkan sebagai pengarah pertama filem epik itu

9:52 AM MYT

 

CYBERJAYA – Belumpun filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ditayangkan di pawagam, namun filem epik ini sudahpun mencetuskan beberapa kontroversi berhubung pertukaran beberapa pengarah serta imej dan pemakaian orang Melayu pada abad ke-19 seperti dalam poster dan trailernya.

Malah, Studio Kembara Sdn Bhd (Studio Kembara) iaitu syarikat produksi yang bertanggungjawab menerbitkan filem ‘spin off’ kepada Mat Kilau: Kebangkitan Seorang Pahlawan itu juga turut merahsiakan nama pengarahnya dan hanya akan memaklumkan pada majlis tayangan perdananya, 2 Januari ini.

Bagaimanapun, Scoop difahamkan, filem yang diterajui Fattah Amin selaku Pendekar Awang yang juga adik kepada pahlawan Mat Kilau ini bertukar pengarah sebanyak tiga kali sepanjang 90 hari pembikinannya yang dimulakan sejak hujung Disember lalu.

Bermula dengan Areel Abu Bakar yang mendakwa khidmatnya sebagai pengarah tidak lagi diperlukan, walaupun pembikinan filem kedua Studio Kembara itu, sudah pun disiapkan sebanyak 90 peratus dan hanya berbaki 10 peratus lagi.

Kemudian, tugas tersebut dipikul seorang pengarah bukan Melayu dan entah apa yang terjadi, sekali lagi Studio Kembara menukar pengarah filem tersebut buat kali ketiga.

Pengarah filem kali ketiga yang dilantik inilah yang dirahsiakan namanya, namun sumber Scoop memaklumkan bahawa pengarahnya adalah penulis skripnya sendiri iaitu Shahruddin Mt Dali.

Tidak pasti apa tujuan Studio Kembara sengaja merahsiakan namanya sebagai pengarah pada majlis Pelancaran Trailer, Muzik Tema dan Pengenalan Barisan Pelakon Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Malakat Mall, malam Selasa lalu.

Namun, ia mungkin terpaksa dilakukan untuk mengelakkan pelbagai pertanyaan daripada pihak wartawan berhubung pemilihan Shahruddin (yang pasti menimbulkan tanda tanya) kerana mereka juga sudah maklum akan turut diasak dengan soalan yang melibatkan isu Areel pada majlis tersebut.

Barisan pelakon dan tonggak utama filem Pendekar Awang ketika menghadiri majlis Pelancaran Trailer, Muzik Tema dan Pengenalan Barisan Pelakon Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Malakat Mall, malam Selasa lalu.

Mengenai isu Areel, Produser merangkap Pengarah Urusan Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali tidak menafikan bahawa pihaknya akan menggunakan sebahagian hasil kerja Areel dalam versi penuh filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang diinspirasikan daripada kisah benar.

“Memang Areel buat banyak dalam filem itu. Tetapi, kebanyakannya kita tak pakai,” katanya tanpa menghuraikan sebab-sebabnya.

Beliau juga memaklumkan, belum memutuskan untuk meletakkan nama Areel dalam senarai kredit akhir dalam versi penuh filem tersebut.

Ketika ditanya alasan kenapa Areel digugurkan sebagai Pengarah filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Abdul Rahman enggan mengulas.

“No komen (tiada komen). Nanti saya akan jelaskan pada tayangan malam gala nanti. Tak lama lagi,” katanya.

Mengulas kritikan mengenai isu imej dan pemakaian orang Melayu dalam poster dan trailer filem tersebut, Abdul Rahman berkata, apa yang ditonjolkan hanyalah untuk menarik perhatian peminat filem Melayu.

“Kalau dah tengok versi penuh filem ini nanti, anda semua akan faham gambaran sebenar keseluruhan filem ini.

“Jadi, saya rasa agak kurang matanglah jika hendak mengatakan pemakaiannya tidak sesuai. Kena tengok filem ini dulu, baru anda semua akan nampak,” katanya.

Selain Fattah, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dilakonkan Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Ali Karimi, Nur Fazura, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan ramai lagi.

Lagu runut bunyi filem ini juga dicipta dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir.

Filem yang menelan kos lebih RM10 juta itu bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada 11 Januari depan. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Uncertainty looms over Malaysia Purple League revival, BAM awaits organiser’s proposal

The revival of the Malaysia Purple League (MPL) remains uncertain as the Badminton Association of Malaysia (BAM) has yet to receive any proposals from the organisers.

[UPDATED] Federal Court rules Hadi remains Marang MP

PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang remains as Marang MP with the Federal Court’s dismissal today of a Barisan Nasional candidate’s appeal. 

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

Related