Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703393154:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 383
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 148872
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:128:"Naqiu telah dipilih oleh Faizal Tahir untuk menggantikannya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 bagi menyampaikan lagu Santai";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Naqiu penyanyi ganti
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Naqiu telah dipilih oleh Faizal Tahir untuk menggantikannya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 bagi menyampaikan lagu Santai
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750963477";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:21;i:1;i:18;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750963477
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Naqiu tak kisah digelar penyanyi ganti, sudah 20 tahun idam ke pentas AJL | Scoop

Naqiu tak kisah digelar penyanyi ganti, sudah 20 tahun idam ke pentas AJL

Naqiu telah dipilih oleh Faizal Tahir untuk menggantikannya di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 bagi menyampaikan lagu Santai

12:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi Naqiu tidak kisah digelar sebagai penyanyi ganti selepas menggantikan Faizal Tahir untuk menyanyikan lagu Santai yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

Naqiu menggantikan Faizal sewaktu pusingan separuh akhir Muzik Muzik dan berjaya membuat persembahan dengan baik sehingga dipilih menjadi lagu terbaik minggu ketiga dan lagu pilihan Alha Alfa sekali gus melayakkannya ke pentas AJL38.

Menurut Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, dia sudah lama mengimpikan untuk di pentas AJL dan tidak kisah andai sekadar menggantikan penyanyi lain.

“Sudah lama saya idam dan kejar untuk ke pentas AJL. Ini merupakan satu pencapaian baru dalam karier saya biarpun sebagai penyanyi ganti.

“Seandainya saya tidak layak ke AJL, saya sudah cukup bangga kerana dalam banyak-banyak penyanyi, saya yang menjadi pilihan Faizal Tahir untuk menggantikan dia,” katanya kepada Scoop.

Tambah vokalis kumpulan Boboi ini lagi, pada mulanya dia rasa terbeban untuk memikul tanggungjawab menggantikan Faizal Tahir kerana penyanyi dan komposer itu adalah idolanya.

“Bila pengurus beritahu Faizal sendiri yang memilih saya dan hanya saya yang boleh menyanyi lagu dia, saya termenung sekejap. Rasa macam mimpi. Kenapa dalam banyak-banyak penyanyi yang dia pernah bekerjasama, dia pilih saya.

“Tetapi bila saya fikirkan semula, dia pilih saya kerana dia nampak bakat saya. Dan saya akan gunakan peluang ini untuk buktikan bahawa dia tidak salah pilih orang untuk menggantikannya.

Ditanya apakah pandangannya bila ada sesetengah pihak mendakwa dia hanyalah sekadar penyanyi ganti, bukan lagunya sendiri yang layak ke pentas AJL, kata Naqiu dia tidak dapat menutup mulut orang.

“Saya pasti komen-komen seperti itu akan ada. Mesti orang akan cakap lagu itu memang dah cukup kuat dan sebagainya.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan bukan semua penyanyi berpeluang untuk menggantikan Faizal Tahir. Dan saya dipilih sendiri oleh dia. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Naqiu juga mengakui dia tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan Faizal Tahir dan mengakui penyanyi gantian tidak akan menjadi sebagus penyanyi asal.

“Saya rasa kalau kita menyanyi lagu apa pun mesti akan ada perbandingan dengan penyanyi asal. Saya sangat terbuka dengan setiap pandangan biarpun orang kata nyanyian saya tak sebagus penyanyi asal.

“Satu perkara yang saya belajar dengan Datuk Ramli MS adalah penyanyi asal akan sentiasa menjadi yang terbaik. Tak kiralah kita ‘improvise’ sebesar mana pun muzik itu, penyanyi asal masih yang terbaik, kita tak boleh lawan,” katanya. – 24 Disember, 2023

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related