Alif Satar kemalangan, motosikal dipercayai dilanggar kenderaan lain

Alif Satar tidak mengalami kecederaan serius namun masih perlu menjalani x-ray

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi dan pelakon Alif Satar terlibat dalam kemalangan motosikal di Hartamas, Kuala Lumpur selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai dilanggar kenderaan lain petang tadi.

Namun nasib baik, Alif tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun pelakon ‘Bukan Sekadar Lafaz’ itu perlu menjalani x-ray.

“Allahuakbar. Cip #gengsubuhmacamjumaat baru accident di sekitar Hartamas, Kuala Lumpur apabila motosikalnya dipercayai dilanggar kenderaan lain.

“Namun, Alhamdullillah, brader Ironman @alifsatar tidak mengalami sebarang kecederaan serious. Bagaimanapun, dia tetap akan menjalani X-Ray bagai later just to be sure,’’ demikian hantaran yang dinaikkan oleh Instagram Saniboey Mohd Ismail.

Ketika kejadian, Alif dalam perjalanan menuju ke rumah ibu bapanya di Hartamas. – 29 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related