14 watak dipikul bersungguh-sungguh tahun ini, Abil berdoa dapat terokai lebih banyak watak pada 2024

Mencintai kerjayanya, Abil mengakui bukan mahu jadi pelakon untuk hidup mewah dan kaya raya

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya kurang 10 jam dari sekarang dan pelakon berkaliber, Nabila Huda sempat mengimbas pencapaiannya sepanjang tahun ini apabila berpeluang membawakan 14 watak yang mencabar dan berbeza.

Bahkan, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil turut menghimpunkan watak-watak yang dibawanya itu di dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi untuk tatapan pengikut serta peminatnya.

“14 watak dipikul dengan bersungguh-sungguh pada tahun 2023. Daripada pembantu, teraju utama serta cameo, kita buat tahun ini.

“Saya memang suka meneroka watak. Lebih banyak akan datang. Insya Allah,” katanya.

Abil yang merupakan anak sulung kepada penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search juga menyatakan bahawa dia bukan mahu menjadi pelakon untuk hidup mewah atau kaya raya.

“Hidup bersederhana itu cukup membahagiakan saya. Saya terlalu cintakan kerjaya saya. Saya memang suka apa yang saya buat. Saya suka dengan kehidupan saya. Saya suka pekerjaan saya.

“Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi untuk bawa pelbagai watak. Walaupun adakalanya penat, tetapi ia sangat berbaloi,” katanya lagi.

Begitupun, Abil juga mengakui, bahawa dia masih lagi belajar untuk menjadi seorang pelakon yang baik.

“Saya masih belajar dan berdoa untuk lebih banyak watak dan pengalaman yang boleh diterokai pada tahun 2024.

“Berhenti mengadu pasal kekurangan, sentiasa senyum dan bersyukur dengan kekurangan sebab percayalah masing-masing ada rezeki yang tertulis. Selamat Tahun Baru semua!,” ucapnya.

Tak semua orang berpeluang mendapatkan pekerjaan yang benar-benar mereka suka atau cintai dan tidak semua orang mampu hargai kehidupan ini walaupun segalanya mencukupi, namun Abil membuktikan hidup ini indah jika kita mampu menikmatinya penuh keindahan. – 31 Disember 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related