Dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2023, Nurel gembira dapat banggakan orang Sarawak terhadap pencapaiannya

Nurel juga akui hampir putus asa untuk meneruskan minat dan cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menjadi gadis Sarawak pertama yang dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2023 adalah satu kebanggaan kepada Nurel Bahrin, 21, yang juga pemegang Diploma Jurusan Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Nurel mengakui, seandainya dia tidak berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan tersebut, pasti akan mengecewakan ramai orang Sarawak.

“Sebab semua orang di sana mengharapkan saya untuk menang. Alhamdulillah, saya jadi juara dan saya berpeluang membuatkan orang Sarawak berbangga dengan saya,” katanya sambil mengukir senyuman penuh ceria.

Dengan kemenangan itu, Nurel menyimpan azam untuk menghadiri seberapa banyak uji bakat drama yang dianjurkan pihak produksi tempatan.

“Sejak menyertai pertandingan Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 ini, banyak benda yang pelajari dan saya juga sudah mula mendapat keyakinan diri.

“Jadi, saya akan gunakan segala ilmu yang saya perolehi ini untuk membina nama di dalam industri ini,” katanya dengan penuh semangat.

Nurel Bahrin menyimpan azam untuk menghadiri seberapa banyak uji bakat drama yang dianjurkan pihak produksi tempatan. – Gambar Astro, 1 Januari, 2024

Jelas Nurel, sebelum ini, dia sudah hampir putus asa untuk meneruskan cita-cita sebagai pelakon.

“Saya mendapat diploma dalam jurusan teater dan banyak melibatkan diri dalam iklan-iklan TV. Bila dapat buat job drama, komen yang saya terima adalah mengenai lakonan saya.

“Ketika menyertai pertandingan ini, saya beritahu ibu saya bahawa ia adalah percubaan terakhir saya. Tapi, bila saya berjaya memenangi aktres terbaik untuk genre aksi pada episod ketujuh, ia seolah-olah mengembalikan semula semangat saya dan beri lebih keyakinan kepada saya untuk cuba menghadiri uji bakat drama,” katanya lagi,

Sambung Nurel lagi, minatnya dalam bidang seni sudah mula dipupuk sejak kecil iaitu ketika berusia sembilan tahun.

“Tapi, pada masa itu, saya terlibat sebagai seorang penari dan apabila berada di darjah empat hingga enam, saya melibatkan diri pula dengan kelab teater.

“Bila masuk sekolah menengah, saya masih lagi meneruskan minat menari dan berlakon di pentas teater.

“Bila masuk Tingkatan 5, ibu beritahu saya, kalau saya betul nak masuk bidang seni dan mahu hidup di semenanjung, saya kena buat SPM betul-betul.

“Saya buktikan dan ibu kemudian memberi restu untuk saya belajar diploma dalam jurusan teater di UiTM dan habis sahaja diploma, saya terus sertai pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 ini,” katanya.

Pada pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung baru-baru ini, Nurel telah dinobatkan Dewi Remaja 2023, manakala gelaran Hero Remaja 2023 pula dimenangi Aiman Ameer, sekali gus mengetepikan saingan 10 peserta lain. – 1 Januari, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related