Tak suka takpe, tapi jangan hina kerjaya kami: Jasmin Hamid luah rasa bila ada pihak yang jijik tonton drama Melayu

Apa yang lebih mengguris hati Jasmin apabila yang menghina drama Melayu itu adalah dari kalangan orang Melayu sendiri

5:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Jasmin Hamid terguris hati apabila ada segelintir pihak yang terlalu mudah menghina kerjaya golongan anak seni hanya disebabkan mereka ini tidak suka menonton drama-drama Melayu.

Bahkan, apa yang lebih mengguris hati Jasmin apabila yang menghina drama Melayu itu adalah dari kalangan orang Melayu sendiri.

“Tak suka tonton drama Melayu, tak mengapa sebab ia pilihan masing-masing tapi tak perlu sampai menghina kerjaya kami.

“Yang menghina ni pun kebanyakannya jenis ‘lupa diri’ yang dia pun bangsa Melayu juga. Ayat-ayat yang selalu saya dengar, ‘Sorry, I tak tengok drama Melayu…geli’, ‘Drama Melayu sampah’, ‘Drama Melayu klise,'” katanya dalam satu perkongsian di FB.

Jelas Jasmin lagi, kalau mereka ini tidak minat menonton drama Melayu, biarlah orang yang suka cerita Melayu sahaja yang menontonnya.
 
“Saya sering disapa bangsa bukan Melayu sebab mereka ada tonton drama Melayu. Kalau tak, macam mana mereka kenal saya sebagai pelakon?
 
“Happylah juga bila bangsa lain pun boleh kenal dan hargai kita. Tapi, agak kecewa bila bangsa Melayu sendiri jijik atau alergik dengan karya bangsa Melayu.
 
“Padahal cerita negara luar pun banyak juga yang sampah tapi tetap juga dipuja dan disokong. Hidup anda, pilihan anda. Janji jangan sampai menghina kerjaya orang lain,” katanya lagi. – 5 Januari, 2024
 

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related