Netizen fitnah Shuib, arwah Sarah sebagai ahli ‘freemason’ tampil mohon maaf, duit saman disalurkan ke tabung Palestin

Lelaki yang menggunakan nama John Dihani mengakui, kenyataan itu dibuat tanpa bukti dan asas, malah ia dibuat tanpa menghiraukan kesan yang dialami oleh Shuib

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki dikenali dengan nama John Dihani telah membuat permohonan maaf kepada pelawak yang juga usahawan, Shuib serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas menuduh mereka sebagai ‘ahli freemason’.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Shuib di akaun Instagramnya, pelawak itu telah berkongsi klip video yang menampilkan dirinya, wakil peguam serta John Dihani membuat permohonan tersebut di hadapan Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini.

“Alhamdulillah hari ini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah Raissuddin. Hampir lima bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab.

“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ehsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya,” tulis Shuib di bahagian kapsyen.

Tambah Shuib lagi, saman terhadap John tetap diteruskan namun dia tidak boleh mendedahkan jumlah saman tersebut.

“Untuk saman ini,ada jumlah yang perlu dibayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu dibayar. Hasil duit saman semua akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa.

“Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” tulisnya.


Sementara itu menerusi ucapan permohonan maaf yang dibuat oleh John, dia mengakui telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Shuib dan arwah Sarah.

Jelasnya, kenyataan itu dibuat tanpa bukti dan asas, malah ia dibuat tanpa menghiraukan kesan yang dialami oleh Shuib.

“Saya sedar bahawa penyebaran fitnah merupakan satu fenomena yang kerap berlaku dan saya membuat kenyataan ini untuk menyarankan kepada mana-mana pihak untuk tidak menyebarkan fitnah.

“Kesan penyebaran fitnah boleh dilihat bukan sahaja terhadap individu, namun kententeraman masyarakat di Malaysia. Oleh itu saya dengan ini memohon maaf kepada Shuib atas penyebaran dan penularan kenyataan-kenyataan firnah yang dibuat oleh saya di dalam hantaran Instagram tersebut,” katanya.

Julai lalu, Shuib telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang telah memfitnah dia dan arwah isterinya terlibat dengan ‘freemason’.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka, iaitu Zulhairi Abu Othman telah tampil membuat permohonan maaf pada tahun lalu. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related