Kembali bikin konsert di Malaysia, Nidji bakal buktikan kehebatan Ubay sebagai pengganti Giring

Konsert ini turut dimeriahkan dua kugiran tempatan, D_Va dan MonoSterio sebagai artis pembuka tirai.

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tanpa Giring Ganesha yang mengundurkan diri untuk memberikan tumpuan dalam dunia politik, Nidji masih tidak kehilangan sayap mereka.
 
Bahkan, bersama vokalis baharu iaitu Muhammad Yusuf Nur Ubay atau Yusuf Ubay yang merupakan peserta Indonesian Idol 2014, band rock dari Jakarta yang cukup terkenal dengan lagu Laskar Pelangi ini tetap meneruskan kegiatan muzik mereka seperti biasa.
 
Terbaharu, Nidji bakal kembali beraksi di Malaysia apabila dijadual mengadakan konsert Nidji: Pelangi Di Miri bertempat di Eastwood Valley Gold & Country Club pada 3 Februari ini.
 
Dianjurkan Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn. Bhd., konsert ini dijangka dihadiri 2,500 peminat dari sekitar Miri dan Brunei. Bahkan, ia juga akan turut disertai Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.
 
Konsert ini juga turut dimeriahkan dengan penampilan dua kugiran tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka tirai.
 
D_Va yang kini dianggotai Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat menyiapkan proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini dan bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Insta Famous dalam waktu terdekat.

Kumpulan MonoSterio bakal menjadi kumpulan pembuka tirai dalam konsert Nidji: Pelangi Di Miri bertempat di Eastwood Valley Gold & Country Club pada 3 Februari ini. – Gambar Nidji, 11 Januari, 2024

Monosterio pula sedang giat mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’ arahan Intan Ladyana.
 
Nidji sendiri bakal melancarkan album baru bersama Ubay pada tahun ini dan pada konsert ini nanti, Ubay akan membawakan rangkaian lagu-lagu hits mereka dengan cara yang tersendiri.
 
Apakah Ubay mampu gantikan kehebatan Giring untuk membawakan lagu-lagu Nidji? Semuanya akan terjawab di dalam konsert ini nanti. Namun, pasti pemilihan Ubay adalah yang terbaik antara yang terbaik. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Popular

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related