Gambar kahwin di rumah adalah fitnah, saya masih ibu tunggal: Erra Fazira

Kata Erra, dia juga tidak pasti kenapa namanya masih hangat diperkatakan

9:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira menyifatkan berita mengenai gambar perkahwinannya yang dikatakan tersebar adalah fitnah.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 50, dia masih bergelar ibu tunggal.

“Gambar sangkut kat dinding? Itu semestinya adalah fitnah. Tak apalah saya maafkan.

“Bila saya dengar berita itu saya hanya ketawa. Saya lebih mengetahui siapa diri saya dan siapa yang datang rumah,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Rampas Cintaku 2.

Biarpun sudah mencecah usia 50 tahun, nama Erra masih menjadi gosip hangat dunia hiburan.

Kata Erra, dia juga tidak pasti kenapa namanya masih hangat diperkatakan.

Erra bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Rampas Cintaku 2 yang akan disiarkan di platform penstriman iQiyi bermula 19 Januari ini – Helmi Anuar/Scoop, 12 Januari, 2024

“Mungkin ada hikmahnya dengan situasi ini. Kebaikannya bermakna orang masih berminat untuk tahu mengenai kisah peribadi kita. Tapi saya rasa sudah-sudahlah. Lebih baik cari artis yang lebih muda,” ujarnya.

Terdahulu, sebelum ini timbul gosip mengatakan ada rakan selebriti yang terlihat gambar perkahwinan Erra bersama seorang lelaki yang pernah digosipkan dengannya.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya status terkini Erra sama ada dia masih bergelar ibu tunggal ataupun isteri orang.

Dalam perkembangan lain, Erra bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Rampas Cintaku 2 yang akan disiarkan di platform penstriman iQiyi bermula 19 Januari ini. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related