Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705633905:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 158229
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 17
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:103:"Disebabkan masalah dialaminya itu, dia selalu memakai kaca mata hitam ketika berhadapan orang ramai

";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Haziq Rosebi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat itu berkata, dia pernah mengambil ubat selepas disahkan mengalami masalah kebimbangan melampau beberapa tahun lalu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 257
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749776468";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:21;i:1;i:22;i:1;i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749396879";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749776468
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Haziq Rosebi dedah alami anxiety sejak kecil kerana pernah dibuli | Scoop

Haziq Rosebi dedah alami anxiety sejak kecil kerana pernah dibuli

Disebabkan masalah dialaminya itu, dia selalu memakai kaca mata hitam ketika berhadapan orang ramai

10:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun sering kelihatan ceria, namun siapa sangka penyanyi Haziq Rosebi sebenarnya seorang yang ‘introvert’ dan sering alami ‘anxiety’ atau kebimbangan melampau ketika berhadapan dengan orang ramai.

Menurut Haziq atau nama sebenarnya Hazwan Haziq Rosebi, 36, dia mengalami masalah itu sejak dari bangku sekolah lagi kerana pernah dibuli.

“Sebab itu saya sering pakai kaca mata hitam setiap kali buat persembahan ataupun berdepan dengan orang ramai. Saya tak boleh bertentangan mata. Memakai kaca mata hitam adalah ‘comfort zone’ (zon selesa) saya. 

“Biarpun sudah berbelas tahun menjadi penyanyi, perasaan gemuruh dan gelisah itu sentiasa ada. Seperti hari ini, bertemu wartawan pun sebenarnya saya rasa gemuruh. Sebab itu saya jarang hadiri acara bertemu media. 

“Sebenarnya perkara ini berlaku sejak dari kecil lagi akibat pernah dibuli di sekolah. Ia terbawa-bawa sehingga dewasa,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Simfoni Budaya Keroncong Dan Ghazal.

Menurut bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat itu lagi, dia juga pernah mengambil ubat selepas disahkan mengalami masalah kebimbangan melampau beberapa tahun lalu.

“Alhamdulillah, sekarang ini saya dah tak perlu makan ubat lagi. Cuma saya kena minum kopi setiap pagi untuk hilangkan ‘anxiety’. 

“Tetapi saya tak boleh minum kopi selepas pukul 3 petang. Kalau tak nanti saya akan rasa gelisah dan berdebar-debar sehingga tak boleh tidur malam,” katanya. 

Kongsi Haziq lagi, masalah itu juga membuatkan tangannya menggeletar sewaktu memegang mikrofon ketika membuat persembahan pada program Akademi Fantasia sebelum ini.

Sering membuat persembahan di istana, ditanya bagaimana dia berhadapan dengan masalah itu di hadapan kerabat diraja, kata Haziq dia cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.

“Saya cuba kawal sebaik mungkin. Kadang-kadang saya pakai juga kaca mata hitam di dalam istana,” katanya.

Bukan sahaja berhadapan secara fizikal, malah perasaan gemuruh Haziq turut berlaku ketika melakukan sesi ‘live’ (siaran langsung) di media sosial seperti Tik Tok.

“Saya dah lama tak buat ‘live’ di Tik Tok. Bila saya buat ‘live’ tiba-tiba ada beratus orang tengok, saya mula jadi ‘over thinking’. Saya takut tanggapan orang terhadap saya.

“Saya ada rasa perasaan rendah diri. Sebab itu juga saya tak ada ramai kawan,” dedahnya. 

Meskipun mengalami masalah itu, rasa cinta Haziq terhadap bidang nyanyian yang menjadi punca rezekinya tidak pernah pudar.

Malah graf kerjaya nyanyian Haziq dilihat kembali bersinar sejak tahun lalu selepas lagu ‘cover’ Lemak Manis nyanyiannya menjadi tular. 

“Ada orang ingat saya penyanyi baru kerana mereka baru saja kenal saya selepas lagu Lemak Manis tular. 

“Bila mereka tanya harga saya untuk buat persembahan, mereka terkejut bila saya bagi harga. 

“Tetapi apa yang mereka tidak tahu saya sudah menyanyi sejak 2006 lagi. Harga yang diberi adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai penyanyi selama lebih 17 tahun,” katanya.

Terbaru, Haziq bakal terlibat dengan Konsert Simfoni Budaya:Keroncong Dan Ghazal yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada 2 Mac depan. 

Selain Haziq, konsert itu turut menampilkan penyanyi legenda iaitu Datuk Yusni Hamid dan juara Vokal Bukan Sekadar Rupa, Asmidar. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related