Ben Ali tetap ajak Fathia Latiff sertai Absolut Bazaar, ‘Kami tak gunakan dia sebagai gimik’

Menurut Ben, mereka sudah bersahabat lama dan Fathia dua tahun berturut-turut menyertai Absolut Bazaar

4:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti yang juga penganjur acara Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024, Ben Ali menafikan tujuannya mengundang pelakon kontroversi, Fathia Latif menyertai acara tersebut sebagai sebahagian daripada gimik promosi.

Menurut Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 34, dia sudah lama bersahabat baik dengan Fathia dan kali ini merupakan tahun ketiga aktres itu menyertai acara tersebut.

“Sudah dua tahun berturut-turut dia bersama dengan kami. Jadi untuk tahun ini kami sekali lagi mengundang Fathia.

“Tidak kira apapun kontroversi membabitkan dirinya ketika ini, saya undang dia ke acara ini atas kapasiti sebagai kawan.

“Sebagai seorang kawan, saya peduli tentang dirinya. Apa yang berlaku kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Tetapi bagi kami dia tetap kawan. Kami akan terus menjemputnya.

“Bukan bermaksud kami nak gunakan dia untuk tujuan pemasaran atau melariskan acara ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024.

Pada masa sama, suami kepada pelakon Nadiyah Shahab itu berkata, dia percaya setiap selebriti akan bersikap profesional di khalayak umum.

Malah, Ben menegaskan pihaknya akan memastikan tahap keselamatan sepanjang acara berlangsung pada bulan Ramadan dalam keadaan terkawal.

“Kalau ada dalam kalangan artis yang bermasam muka, saya percaya mereka akan bersikap profesional.

“Jika ada pengunjung yang tak selesa dengan artis itu adalah di luar kawalan pihak saya.

“Apapun, pihak Absolut Bazaar akan menyediakan tahap keselamatan terbaik untuk mengelak sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

Terdahulu, Fathia mencetuskan beberapa kontroversi susulan tindakannya menyerang beberapa selebriti tanah air antaranya Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Malah, terdapat segelintir pihak mendakwa aktres itu tidak berada dalam keadaan baik dan sedang sakit.

Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh pelakon drama Ariana Rose itu. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Popular

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related