Yasin Sulaiman terharu bertemu PMX, jalani rawatan di Hospital Bahagia

Pertemuan itu berlaku sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri program di Hospital Bahagia Ulu Kinta pada akhir Januari lalu

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 49, terharu apabila berpeluang bertemu dan bersantai dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi perkara itu di Instagram miliknya, Yasin berkata, pertemuan itu berlaku sewaktu pemimpin negara terbabit menghadiri program di Hospital Bahagia Ulu Kinta pada 28 Januari lalu.

“Yasin amat terharu dapat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan,” tulisnya.

Yasin yang terkenal dengan lagu Mimpi Laila turut memuat naik gambarnya bersama Anwar dan Dr Dzulkefly.

Hantaran terbaharu Yasin itu meraih lebih 1,500 tanda suka selepas ia dimuat naik dalam tempoh lima jam dan rata-rata pengikutnya, mendoakan agar dia diberikan kesembuhan serta kekuatan.

Tidak kurang yang menyatakan mereka tidak sabar melihat Yasin kembali semula di dalam industri dengan karya lagu baharu.

Yasin sebelum ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu atas tiga pertuduhan dadah.

Meskipun dilepas dan dibebaskan, Hakim Faiz Dziyauddin mengarahkan Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related