Mizz Nina dakwa Musa trauma, cirit birit, kuku panjang dan kotor selepas tinggal bersama Noh

Mizz Nina mendakwa anak angkatnya itu juga berada dalam ketakutan seolah-olah akan ditinggalkan ibunya lagi

12:38 PM MYT

 

SHAH ALAM – Aktivis kemanusiaan dan bekas penyanyi, Mizz Nina mendedahkan anak angkatnya, Musa mengalami trauma selepas lebih tiga minggu berada bersama bekas suaminya, Noh Salleh.

Menurut Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, selepas dia mengambil Musa dari Noh, anaknya mengalami ketakutan melampau.

“Bayangkan budak sekecil itu dilarikan dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia.

“Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak boleh nak jumpa.

“Dia mengalami ketakutan abandonment issue sehingga jika saya harus meninggalkan dia sekejap, dia akan peluk saya dengan kuat seolah-olah dia takut saya akan meninggalkannya lagi,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Susulan itu, Nina memaklumkan, dia membawa Musa berjumpa dengan pakar psikiatri sejurus mendapatkan anak angkatnya semula.

“Sewaktu Musa pulang, dia mengalami sakit seperti cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor.

“Saya dan suami segera bawa Musa berjumpa dengan beberapa orang doktor serta pakar psikiatri untuk melakukan pemeriksaan ke atas kesihatan fizikal dan mentalnya,” ujarnya.

Ditanya mengenai hak penjagaan sama rata diinginkan Noh, kata Nina, bekas suaminya itu tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana hak penjagaan Musa sudah diberikan sepenuhya kepada Nina di atas persetujuan Noh sendiri selepas mereka bercerai.

Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkatnya, Musa. – 6 Februari 2024

Topics

 

Popular

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related