Noh bidas dakwaan Musa trauma, ‘saya tak pernah nampak Musa segembira itu sewaktu bersama Nina’

Menurut Noh, Nina pernah meminta agar Musa tidak lagi memanggilnya dengan gelaran bapa sebelum bekas isterinya itu berkahwin dengan Essam

12:46 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh membidas dakwaan bekas isterinya, Mizz Nina bahawa anak angkat mereka, Musa mengalami trauma sewaktu berada di bawah jagaannya selama tiga minggu.

Menurut Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 39, selama Musa berada dengannya, dia tidak pernah melihat Musa gembira seperti itu.

“Selama tiga minggu Musa bersama dengan saya, kami tidur dan bangun bersama.

“Kalau siapa sempat tengok video yang saya kongsikan di Instagram, boleh lihat betapa gembiranya Musa. Saya tak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu bila bersama dengan Nina.

“Mana pergi trauma seperti yang dikatakan? Saya ada bukti video Musa bersama saya,” katanya.

Tambah Noh, trauma sebenar yang dialami Musa adalah apabila berada di bawah jagaan Nina.

“Memang lah Musa trauma sebab kau (Nina) tak pernah jaga dia. Kau tinggal dia pergi ‘dating’, pergi Amerika Syarikat. Yang jaga bibik. Yang Musa trauma itu adalah di bawah jagaan dia (Nina),” ujarnya.

Kongsi Noh, dia tidak faham kenapa Nina cuba untuk pisahkannya dengan Musa, malah usahanya untuk bertemu dengan anak angkatnya itu selepas mereka bercerai menemui jalan buntu.

“Saya masih simpan gambar tangkap layar saya cuba hubungi dia. Tetapi nombor saya disekat. Saya juga cuba hubungi pembantu peribadinya dan kakak ipar dia.

“Sebenarnya daripada awal lagi saya dah rasa sebelum dia kahwin dengan mamat tu (Essam), dia tak bagi Musa panggil saya bapak. Ketika itu dia sudah cuba putuskan hubungan saya dengan Musa. Ketika itu dia sudah rancang sesuatu.

“Hubungan anak dengan bapa ini, walaupun bukan anak kandung, saya kalau dah sayang, saya sanggup mati demi lindungi Musa,” luahnya.

Noh juga akan membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk melawat Musa, memandangkan pihak Nina tidak menyatakan persetujuan berkenaan tuntutan hak penjagaan sama rata. – 6 Februari 2024

Topics

 

Popular

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related