Buat ‘photoshoot’ sempena Tahun Baharu Cina, Che Ta tersilap pakai baju pengantin?

Che Ta sempat bertanyakan Michael Ang mengenai busana yang digayakannya itu

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta memang seorang yang gemar melakukan ‘photoshoot’ setiap kali menjelang apa sahaja perayaan di Malaysia tidak terkecuali sambutan Tahun Baharu Cina.

Terbaru menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia telah berkongsi fotonya berbaju tradisional Cina berwarna merah lengkap dengan aksesori di kepala dan kipas tangan sempena dengan Tahun Baharu Cina yang disambut hari ini.

Namun kata Che Ta, rupa-rupanya baju yang digayakannya itu merupakan baju untuk pengantin.

“Beria-ia bersiap nak pergi beraya. Sekali baju kahwin Cina rupanya. Nak pergi kahwin dengan apek mana pula ni?

“Michael Ang, betul ke baju yang kami (saya) pakai ni baju kahwin?” Soalnya di bahagian kapsyen.

Selain Che Ta, anaknya, Aaisyah Dhia Rana turut dilihat bergaya memakai busana tradisional masyarakat Cina.

Sementara itu, netizen tetap memuji kecantikan aktres berusia 51 tahun itu biarpun dia tersalah pakai baju pengantin. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related