Didakwa masih bertahan di Bintang RTM 2024 kerana wajah kacak, Shah Rezza dah lali dengan komen begitu

Menurut Shah Rezza, sejak sebelum dia menyertai Bintang RTM 2024 lagi dia sudah menerima komen sebegitu

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Memiliki rupa paras kacak membuatkan peserta Bintang RTM 2024, Shah Rezza sering menjadi perhatian ramai.

Disebabkan itu juga, ada yang mendakwa dia masih bertahan sehingga ke minggu separuh akhir program itu kerana wajahnya.

Namun kata Shah Rezza atau nama sebenarnya Muhammad Shahrezza, 22, dia sudah terbiasa mendengar komen sebegitu.

“Sejujurnya saya nampak komen-komen begitu di TikTok, Instagram dan sebagainya. Sebenarnya komen sebegini sudah lama saya dapat sejak sebelum saya menyertai Bintang RTM lagi.

“Tetapi saya dah lali dengar komen-komen sebegini. Mereka kata saya ada rupa tapi suara biasa-biasa sahaja, kenapa tak tersingkir.

“Bagi saya rupa adalah bonus kerana keputusan yang menentukan siapa yang layak untuk mara ke peringkat seterusnya adalah di tangan barisan juri profesional,” katanya kepada Scoop.

Kata jejaka kelahiran Sarawak itu lagi, dia percaya dengan pakej yang ada pada dirinya dan bukan bersandar kepada rupa semata-mata.

“Kalau ada rupa tapi menyanyi ke laut, tak guna juga. Kita kena tahu apa yang juri nak sebab 80 peratus adalah berdasarkan vokal dan 20 peratus persembahan. Jadi rupa bukanlah faktor utama,” jelasnya.

Mungkin ada yang tidak tahu, Shah Rezza dan seorang lagi peserta Bintang RTM iaitu Azumi pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya seminggu sebelum program ini bermula.

Jejaka kelahiran Sarawak itu sudah lali dengan komen-komen negatif yang diterima di media sosial. – Helmi Anuar/Scoop, 11 Februari, 2024

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah. Shah Rezza mengalami kecederaan di kepala sehingga terpaksa menerima tujuh jahitan, manakala Azumi pula patah tengkuk.

Ditanya adakah kecederaan dialaminya mengganggu konsentrasi serta persembahannya di pentas Bintang RTM, kata Shah Rezza dia merasa kesan dari kecederaan itu.

“Kecederaan yang dialami banyak mengganggu saya. Kepala saya terpaksa dijahit dan ada darah beku. Badan saya sakit-sakit. Bila nak tarik nada tinggi, tulang belakang rasa sakit.

“Saya juga mengalami masalah daya ingatan. Saya jadi macam blur. Kalau orang tanya soalan, saya akan mengambil masa dua atau tiga saat untuk faham soalan itu betul-betul,” kongsinya.

Disebabkan itu juga saya mengalami masalah sukar untuk menghafal lirik. Orang lain mungkin sudah hafal tiga atau empat hari sebelum hari konsert. Tetapi saya kadang-kadang sehari sebelum baru dapat hafal sepenuhnya.

Katanya lagi, dia sudah merujuk kepada doktor pakar dan doktor pakar menyatakan bahawa apa yang dialaminya merupakan kesan daripada kemalangan tersebut.

“Sewaktu kemalangan itu berlaku, kepala saya terhantuk. Ada banyak juga perkara yang saya sudah lupa. Tetapi nak buat macam mana. Perkara sudah terjadi. Saya reda dengan ketentuan Ilahi,” ujarnya.

Shah Rezza turut meluahkan rasa syukur kerana pihak produksi dan tenaga pengajar faham dengan situasi yang dialaminya dan menjaganya serta peserta lain dengan baik. – 11 Februari 2024

Foto: Helmi Anuar

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

What unfulfilled Bumiputera rights are you talking about, Kepong MP asks Muhyiddin

Lim Lip Eng slams Muhyiddin’s proposal for a Malay-Bumiputera 'umbrella body,' calling it unnecessary and vague

Related