Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707891428:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 317
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 167676
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:85:"Pesta Muzik Kuantan turut ditukar nama kepada Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Pesta Muzik Kuantan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Demi menghormati kedatangan bulan ramadan, pihak penganjur Pesta Muzik Kuantan mengambil keputusan menunda acara berkenaan daripada 24 Feb
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752476709";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752189879";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752476709
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Demi hormati bulan Ramadan, Pesta Muzik Kuantan ditunda kepada 4 Mei | Scoop

Demi hormati bulan Ramadan, Pesta Muzik Kuantan ditunda kepada 4 Mei

Pesta Muzik Kuantan turut ditukar nama kepada Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air

2:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demi menghormati kedatangan bulan ramadan, pihak penganjur Pesta Muzik Kuantan mengambil keputusan menunda acara berkenaan daripada 24 Februari kepada tarikh baharu iaitu 4 Mei ini.

Showpro Entertainment Sdn Bhd selaku penganjur turut menukar nama acara Pesta Muzik Kuantan itu kepada Ungu Di Kuantan Bersama Artis Tanah Air yang akan berlangsung di Stadium Darul Makmur dekat Kuantan, Pahang.

“Setelah mengambil kira faktor perkembangan isu semasa serta menghormati pandangan masyarakat Islam yang akan menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, kami akhirnya bersetuju menunda pesta berkenaan ke tarikh baharu iaitu pada 4 Mei 2024.

“Tidak ada yang lebih diutamakan selain menjaga sensitiviti, toleransi demi keharmonian serta menghormati pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Ia membuktikan pihak kami bertanggungjawab dan prihatin mengenai setiap situasi yang berlaku di negara tercinta ini.

“Apa yang lebih penting juga, keputusan penundaan acara ini juga dipersetujui baik seluruh barisan artis dan pihak terlibat melalui perbincangan yang dilakukan,” kata mereka.

Pesta Muzik Kuantan atau Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air pada asalnya mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya, menggalakkan apresiasi seni serta membantu penjanaan ekonomi di karnival jualan produk tempatan seperti makanan dan cenderahati serta aktiviti menarik di pekarangan Stadium Darul Makmur.

Gabungan seni muzik dan kebudayaan penduduk tempatan ini secara tidak langsung dikomersialkan sebagai satu tarikan pelancongan terbaik pengunjung ke Kuantan dan daerah lain di Pahang serta negeri di pantai timur.

Namun, barisan artis yang terlibat dalam penganjuran acara tersebut kekal seperti rancangan asal apabila ia bakal dijayakan kumpulan terkenal Indonesia, Ungu serta barisan artis tempatan seperti Eda Ezrin, Ara Johari, Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Den Manjo dan Aswad Jalil.

“Selaku pihak penganjur, kami rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pembeli tiket konsert. Mereka boleh mengekalkan status pembelian memandangkan hanya perubahan kepada tarikh konsert sahaja.

“Justeru, pihak penganjur amat menghargai semua pihak yang memberi kerjasama dan menyokong serta memohon maaf sekali lagi di atas kesulitan ini,” kata mereka lagi. – 14 Februari, 2023

Topics

 

Popular

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related