Ross Ariffin nafi terlibat dadah, jadi gelandangan selepas diusir keluar dari rumah

Ross juga akui bersyukur apabila dapat pindah semula ke KL dan mendiami rumah PPR

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuzik dan komposer terkenal, Ross Ariffin, 62, terkejut apabila ada pihak mendakwa dia terlibat dengan gejala dadah yang kononnya menyebabkan hidupnya tunggang-langgang dan menjadi gelandangan sebelum ini.

Menafikan dakwaan itu kepada Scoop, Ross atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil berkata, dia tidak menyangka ada pihak yang sanggup membuat dakwaan seumpama itu kepada dirinya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini turut meluang masa melihat sendiri keadaan yang menimpa Ross Ariffin, komposer ternama yang pernah melakar nama dalam insdustri muzik tanah air. – Gambar Facebook, 21 Februari, 2024

“Saya bukan perokok dan saya juga tidak minum arak. Saya tidak minat dengan semua itu. Hidup saya jadi begini selepas saya diusir keluar oleh orang kesayangan dari rumah.

“Sehingga saat ini, saya sendiri tidak faham kenapa dia berbuat demikian. Takkanlah disebabkan dia kehilangan kerja yang berpunca kerana saya pulang lambat kerana menggunakan kereta, dia sanggup buat saya begitu?

“Dan, sebetulnya saya dengan dia sebenarnya masih lagi berstatus suami isteri kerana kami tidak pernah bercerai dan tidak pernah ke mahkamah untuk berhadapan dengan sebarang tuntutan cerai,” katanya.

Ross yang sudah dua kali diserang strok sehingga menyukarkannya untuk berjalan memberitahu, dia gembira apabila sudah dapat kembali semula ke Kuala Lumpur selepas dua tahun menetap di Melaka.

“Hidup saya cukup membosankan. Saya tidak punya kawan dan saya juga tidak berpeluang untuk bermain piano. Piano adalah hidup saya. Bagi saya piano lebih penting berbanding seorang isteri.

“Apa yang menggembirakan saya juga, ada pihak yang sudi menghadiahkan piano buat saya dan saya diberitahu piano itu akan saya terima dalam tempoh waktu terdekat ini.

“Dengan adanya piano itu nanti, dapatlah saya berkarya semula dan Pengarah Muzik di Orkestra RTM, Datuk Mokhzani Ismail juga ada menghubungi saya untuk ambil bekerja. Mungkin untuk buat lagu,” katanya.

Dia juga bersyukur kerana sudah berjaya keluar daripada status gelandangan apabila menerima kediaman projek perumahan rakyat (PPR) Muhibbah di ibu kota daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Setidak-tidaknya saya dapat tinggal di rumah dan dapat tinggal di tempat yang lebih selesa. Tapi, kesian juga sebahagian orang di luar sana. Ramai yang menjadi gelandangan dan tidak punya rumah.

“Sewaktu saya menjadi gelandangan, saya melihat sendiri dengan mata kepala saya (penderitaan hidup gelandangan). Sungguh dahsyat sekali.

“Apapun, saya bersyukur kerana sudah memiliki rumah. Terima kasih kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang telah berusaha membantu saya,” katanya.

Dia turut mengakui tidak pernah menyangka akan merempat dan menjadi gelandangan serta kehilangan segala-galanya termasuk aset dan keluarganya.

Untuk itu Ross berharap, golongan muda akan menjadikan kisah hidupnya sebagai suatu iktibar.

“Pada usia muda ini, janganlah terlalu boros berbelanja. Janganlah beli telefon bimbit yang mahal-mahal. Simpan duit kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi pada diri kita suatu hari nanti,” katanya. – 21 Februari, 2024

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related