Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708670253:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 205
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 170867
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:90:"Menurutnya, apa yang cuba dipaparkan dalam Janna Endoro hanyalah cerita rekaan semata-mata";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750774868";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750774868
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bukan niat nak sindir orang Kelantan, Syed Aiman tidak gusar andai Janna Endoro dipolitikkan | Scoop

Bukan niat nak sindir orang Kelantan, Syed Aiman tidak gusar andai Janna Endoro dipolitikkan

Menurutnya, apa yang cuba dipaparkan dalam Janna Endoro hanyalah cerita rekaan semata-mata

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini bergelar produser, Syed Aiman mengakui tidak gusar andai Janna Endoro dipolitikkan segelintir pihak disebabkan isu penyeludupan, pemerdagangan manusia, perjudian, gengsterism dan golongan suami malas bekerja di Kelantan yang cuba dipaparkan dalam filem terbitannya itu.

Bercakap kepada Scoop, Syed Aiman berkata, apa yang cuba dipaparkan di dalam Janna Endoro hanyalah cerita rekaan semata-mata dan dia tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak atau melabel orang Kelantan seperti itu.

“Kita buat filem ni bukan untuk jatuhkan martabat orang Kelantan. Tiada niat langsung. Saya sendiri orang Kelantan. Apa guna saya buat benda seperti itu? Kalau hendak naikkan lagi, martabatkan Kelantan itu, adalah.

“Saya suka dengan apa yang ada di Kelantan, sebab itu saya cuba ketengahkan lokasi-lokasi menarik dan budaya di sana dalam filem Janna Endoro ini. Sebetulnya saya lebih suka tonjolkan aspek budaya di dalam filem ini.

“Misalnya, budaya Main Puteri. Ada permainan Wau Bulan. Ada kegiatan orang jemur ikan kering yang kita mungkin tak dapat nak jumpa lagi. Begitu juga dengan perjudian laga ikan dalam botol. Ia sangat tradisional. Kalau perjudian sekarang, orang selalunya gunakan kad terup,” katanya.

Menurut Syed Aiman, dia tidak punya niat untuk menyindir mana-mana pihak apabila memaparkan beberapa isu gejala sosial di Kelantan dan tidak gusar jika filem pertama terbitannya itu akan dipolitikkan pihak tertentu. – Gambar Instagram Syed Aiman, 23 Februari, 2024

Mengulas lebih lanjut mengenai paparan gelaja sosial di Kelantan, Syed Aiman atau nama sebenarnya, Syed Kamaruzaman Syed Mahmud berkata, sebagai orang Kelantan, dia tahu bagaimana kehidupan sebenar rakyat di negeri kelahirannya itu.

“Saya sekadar menyelami kehidupan orang Kelantan di dalam filem ini. Saya juga tidak mengatakan secara ‘direct’ bahawa secara realiti, semua orang Kelantan macam itu. Segelintir sahaja yang begitu.

“Sebab saya sendiri suka bercampur dengan orang. Saya suka berkawan dan saya ada mengenali segelintir orang seperti ini. Orang yang tinggal di kawasan laut, begini caranya. Yang tinggal di kawasan pendalaman pula, lain caranya.

“Saya sekadar berkongsi supaya orang tahu, ada lagi budaya seperti ini. Apa yang saya tahu itu, saya cuba adaptasikan dalam cerita untuk kita sampaikan kepada penonton,” katanya yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi Linda Rafar.

Jelasnya lagi, dia reda seandainya ada pihak yang tersalahtafsir serta mahu mempolitikkan Janna Endoro.

“Kalau mereka mahu politikkan, filem ini akan jadi ‘boom’ dan orang akan kenal dengan Janna Endoro. Itu kalau kita lihat dari sudut positiflah.

“Tapi, kalau ada yang mahu berjumpa saya dan bertanya mengapa saya buat filem seperti ini, saya boleh jumpa mereka untuk menjawab.

“Saya boleh ceritakan dan jelaskan segalanya. Saya bukan buat cerita ini untuk syok sendiri,” katanya yang sebelum ini banyak menerbitkan drama rantaian, telefilem dan dokumentari di bawah syarikat produksinya, Double Channel Sdn Bhd.

Syed Aiman (dua, kanan) bersama barisan pelakon filem Janna Endoro yang mula ditayangkan di pawagam semalam. – Gambar Instagram Syed Aiman, 23 Februari, 2024

Membuat filem mengenai budaya dan cerita Kelantan tetapi tiadanya pawagam di sana, Syed Aiman bagaimanapun berkata, sebenarnya kerajaan negeri tiada isu untuk membenarkan pawagam beroperasi, asalkan pihak pemamer setuju mengikut terma dan syarat ditetapkan.

“Misalnya, lampu tidak boleh terlalu malap sangat. Waktu solat Jumaat, tiada sebarang tayangan dan tempat duduk lelaki serta wanita juga perlu diasingkan. Tapi, pihak pemamer yang tidak boleh terima kerana mereka orang bisnes.

“Jadi, isu ini telah dipolitikkan segelintir pihak tertentu. Saya tahu perkara ini kerana kita pernah berdialog dengan kerajaan negeri pada 2001.

“Jika orang Kelantan mahu tonton filem Janna Endoro pawagam paling dekat mereka boleh pergi adalah di Kerteh atau Kuala Terengganu. Satu cara lain adalah melakukan tayangan di dewan hotel dengan menjual meja. Mungkin, itu yang akan kita lakukan,” katanya.

Janna Endoro merupakan filem pertama terbitannya dan menerima Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM500,000 daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Filem itu dijayakan barisan pelakon seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Wan Hanafi Su dan Danny X-Factor. – 23 Februari, 2023

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related