Oscar 2024: Oppenheimer diramal bakal menang Filem Terbaik, Christopher Nolan Pengarah Terbaik

Sementara Cillian Murphy dan Lily Gladstone ditebak pemenang kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kehangatan Anugerah Academy ke-96 pada 2024 yang bakal berlangsung di Los Angeles malam Ahad (waktu tempatan), semakin terasa dan ramai yang tidak sabar mengetahui karya bakal dinobatkan sebagai Filem Terbaik serta membawa pulang Oscar pada tahun ini.

Tahun ini, Barbie dan Oppenheimer disebut-sebut sebagai antara calon filem berpotensi menang berdasarkan kepada pencapaian kedua-duanya apabila berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung di seluruh dunia.

Namun, jika diimbas sejarah penganjuran Anugerah Academy, ia selalunya tidak berpihak kepada filem popular semata-mata.

Tahun ini, Barbie dan Oppenheimer disebut-sebut sebagai antara calon filem berpotensi menang berdasarkan kepada pencapaian kedua-duanya apabila berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung di seluruh dunia – Gambar internet, 5 Mac, 2024

Sebaliknya, filem kegemaran kritikal seperti Poor Things, The Holdovers dan Killers of the Flower Moon juga mempunyai harapan untuk menang.

Untuk itu, Scoop senaraikan ramalan beberapa kategori utama yang dipertandingkan dalam anugerah penuh berprestij yang memberikan merit artistik dan teknikal untuk industri filem.

Filem Terbaik

Calon: American Fiction, Anatomy of a Fall, Barbie, The Holdovers, Killers of the Flower Moon, Maestro, Oppenheimer, Past Lives, Poor Things, The Zone of Interest

Diramal menang: Oppenheimer

Beberapa bulan lepas, kita dapat melihat bahawa wujud persaingan cukup sengit dan rapat di antara semua calon filem yang bertanding di dalam kategori ini.

Namun, filem epik sejarah, Oppenheimer yang meraih kutipan hampir USD1 billion, ternyata mempunyai peluang besar untuk menang.

Ramalan ini berdasarkan kepada prestasi Oppenheimer yang terdahulu memenangi Filem Terbaik di beberapa majlis anugerah besar seperti Golden Globe, British Academy Of Film and TV Arts (BAFTA), Critic’s Choice Awards (CCA), Screen Actors Guild Awards (SAG), Producers Guild Awards (PGA) serta Top 10 American Film Institute (AFI).

Cillian Murphy (kiri) bersama Christopher Nolan (kanan) semasa pembikinan filem Oppenheimer. Ada yang meramalkan filem ini bakal meraih banyak anugerah Oscar, termasuk filem terbaik, pengarah terbaik untuk Christopher dan pelakon lelaki terbaik untuk Cillian – Gambar internet, 5 Mac, 2024

Pengarah Terbaik

Calon: Justine Triet (Anatomy of a Fall), Martin Scorsese (Killers of the Flower Moon), Christopher Nolan (Oppenheimer), Yorgos Lanthimos (Poor Things), Jonathan Glazer (The Zone of Interest)

Diramal menang: Christopher Nolan

Tahun ini, menyaksikan seorang pengarah filem dari Perancis iaitu Justine Triet dan Jonathan Glazer (United Kingdom) turut tersenarai bagi kategori ini. Bagaimanapun, Christopher Nolan disebut-sebut bakal menjulang Oscar pertamanya untuk Oppenheinmer.

Pelakon Wanita Terbaik bagi Watak Utama

Calon: Annette Bening (Nyad), Lily Gladstone (Killers of the Flower Moon), Sandra Hüller (Anatomy of a Fall), Carey Mulligan (Maestro), Emma Stone (Poor Things)

Diramal menang: Lily Gladstone

Lily Gladstone dalam filem Killers of the Flower Moon. Lily memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di Screen Actors Guild Awards (SAG) – Gambar internet, 5 Mac, 2024

Tahun ini menyaksikan persaingan begitu sengit di antara aktres Emma Stone dengan Lily Gladstone. Walaupun ramalan lebih banyak berpihak kepada Emma, Lily punya peluang cerah kerana kemenangannya mampu menjadikan dia sebagai pelakon Native American pertama memenangi Oscar.

Emma menenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik melalui BAFTA dan CCA. Manakala, Lily Glasdstone pemenang SAG. Kedua-dua mereka juga memenangi Golden Globe melalui kategori berbeza, iaitu Comedy dan Drama.

Pelakon Lelaki Terbaik bagi Watak Utama

Calon: Bradley Cooper (Maestro), Colman Domingo (Rustin), Paul Giamatti (The Holdovers), Cillian Murphy (Oppenheimer), Jeffrey Wright (American Fiction)

Paul Giammati (kanan) bersama Dominic Sessa dalam filem The Holdovers. Paul memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik di Critic’s Choice Awards (CCA) dan Golden Globe – Gambar internet, 5 Mac, 2024

Persaingan begitu sengit dan dekat dapat dilihat antara Cilian Murphy dan Paul Giamatti. Cilian memenangi anugerah BAFTA dan SAG sebelum ini, manakala Paul melakar kejayaan di CCA dan Golden Globe.

Namun, prestasi Oppenheimer yang cukup baik setakat ini mampu membantu Cilliaon dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori ini. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Mount Ruang eruption: MAS, AirAsia, Batik Air cancel flights between KL and Sabah, S’wak

Multiple flights between KL and both Sabah as well as Sarawak have been cancelled following the eruption of Mount Ruang in Indonesia.

Related