Peminat teruja, Aina Abdul bakal buat kemunculan dalam konsert penyanyi Amerika-Korea, Ailee

Konsert Ailee yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas melakar kejayaan manis dalam Anugerah Juara Lagu Ke-38, penyanyi yang juga komposer, Aina Abdul dipilih menjadi artis pembuka dalam konsert Ailee yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

Dalam konsert Ailee: I am Here anjuran LOL Asia, pemenang vokal AJL untuk tiga tahun berturut-turut itu akan membawakan lagu-lagu pilihannya sendiri khususnya yang telah banyak memenangi anugerah.

Berasal dari Johor Bahru, perjalanan Aina Abdul dalam bidang muzik bermula pada usia muda didorong oleh semangat dan keazamannya untuk mengejar impiannya.

Suaranya yang penuh perasaan, digabung dengan penyampaian penuh emosi dan persembahan pentas yang dinamik telah mendapat pujian dan pengiktirafan yang meluas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Pernah dibimbing sebagai peserta untuk mentor Rock Queen, Ella dan meraih tempat kedua dalam Mentor Legend Rock di awal kerjaya nyanyian dan muziknya, Aina Abdul terus berkembang dan menunjukkan kekuatan demi kekuatan dalam dunia seni selepas itu.

Single beliau ‘Inyan Kaumafu’ yang dikeluarkan pada 2015, menandakan permulaan perjalanan muziknya.

Sejak itu, trajektori muzikal rakaman terus berkembang dengan penghasilkan karya-karya lagu yang hebat dan tanpa henti, kolaborasi yang menarik berserta kelahiran album studionya.

Kolaborasi dan single popular Aina Abdul seperti Blue (2023), I Lost Me (2023) Fool (2022), Tunggu Kamu (2021), Nafas Cinta(2020), Mungkin (2020), Same Kind (2018), Hashtag (2018) dan banyak lagi telah memperoleh sejuta strim merentas semua platform digital.

Dalam berkarya secara kreatif dalam perjalanan muziknya, Aina Abdul turut mencetuskan identiti tersendiri menerusi fesyen-fesyen unik dan ikonik untuk menjenamakan dirinya sebagai seorang artis yang versatil dan penuh kredibiliti.

Kemunculan Aina Abdul dalam konsert Ailee yang merupakan empat kali pemenang Vokal Wanita Terbaik di Korea, pastinya membuatkan peminat tegarnya, Ainations teruja dan tidak sabar menunggu untuk menyaksikan berkongsi pentas yang sama dengan penyanyi Amerika-Korea itu. – 7 Mac, 2024
 
Gambar: Internet
Caption: Rata-rata peminat Aina Abdul teruja apabila pihak penganjur konsert Ailee mengumumkan bahawa penyanyi yang juga komposer berbakat kelahiran Johor Bahru ini bakal muncul dan beraksi sebagai artis pembuka.

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Wan Ahmad Dahlan dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, menggantikan Zulkapli

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa esok.

Related