Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1709867388:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 180
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 175435
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:81:"Kuota itu dilihat mampu menaikkan taraf dan kualiti industri perfileman tanah air";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kuota itu dilihat mampu menaikkan taraf dan kualiti industri perfileman tanah air
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750637443";s:5:"count";i:4;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:4;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750231094";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750637443
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => skim wajib tayang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 56
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 4
        )

)
Karyawan filem setuju diwujudkan kuota penggredan Skim Wajib Tayang tapi… | Scoop

Karyawan filem setuju diwujudkan kuota penggredan Skim Wajib Tayang tapi…

Kuota itu dilihat mampu menaikkan taraf dan kualiti industri perfileman tanah air

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa karyawan filem nampaknya bersetuju dengan cadangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk mewujudkan kuota penggredan (grading) dalam Skim Wajib Tayang, bagi mengelakkan lambakan filem tempatan kurang berkualiti di pasaran.

Namun, pada masa sama, mereka berharap Finas dapat mencari kaedah sesuai dalam membuat pemilihan filem benar-benar berkualiti serta menetapkan piawaian kawalan kualiti.

Bercakap kepada Scoop, penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki memaklumkan, cadangan Finas itu satu daripada cara untuk kerajaan menaikkan taraf dan kualiti industri perfileman tanah air kita.

Kata Datuk Afdlin Shauki, ada pihak yang membuat filem menggunakan bajet telemovie dan filem seperti ini yang selalunya membuat penonton hilang percaya terhadap karya filem tempatan – Azim Rahman/Scoop, 8 Mac, 2024

“Satu perkara kita kena ingat, buat filem dengan buat drama adalah dua medium berbeza sama ada dari sudut penceritaan mahupun visualnya.

“Filem ada disiplinnya, ada tekniknya, ada bahasa visualnya, ada nilai produksinya serta lakonan dan penceritaan yang dihasilkan mengikut kehendak sinema dan kemahuan pawagam.

“Tapi, apa yang berlaku sekarang ini, ada di antara pihak yang buat filem tidak ikut piawaian apabila menghasilkannya menggunakan bajet telemovie.

“Filem ‘low bajet’ seperti ini selalunya membuat penonton hilang percaya terhadap karya filem tempatan kita,” katanya.

Menurut Afdlin, dengan meletakkan kuota serta piawaian tertentu, ia akan lebih menggalakkan penghasilkan filem berkualiti di pasaran, selain menaikkan lagi imej industri perfileman kita di mata orang luar.

“Cara ini memang tidak akan berpihak kepada pembikin filem kecil. Tetapi, pada masa sama, ia juga satu cabaran buat mereka untuk terus berdaya saing serta menjadi pembikin filem benar-benar serius dan profesional.

“Nak buat filem boleh. Tapi, buat betul-betullah. Jangan keluarkan duit untuk hasilkan benda-benda bodoh dan usah juga buat filem asal siap,” jelasnya.

Pengarah filem, Syed Hussein atau Sein Qudsi pula berkata, penggredan untuk filem berkualiti yang melalui Skim Wajib Tayang itu, harus dilakukan tetapi ada beberapa perkara harus diteliti dan diperhalusi.

Sein Qudsi mahu mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang dimaksudkan dengan ‘kualiti’, adakah ia dari segi nilai produksi, genre atau jalan cerita – Gambar Instagram, 8 Mac, 2024

“Pertama, bila kita nak gred sesebuah filem yang ada kualiti, apakah kriteria bagi sesebuah filem berkualiti itu? Kedua, siapa akan memberikan gred untuk filem yang dinilai sebagai kualiti ini?

“Apabila bercakap pasal filem berkualiti, ia adalah perkara subjektif dan setiap orang ada pandangan mereka tersendiri.

“Kualiti dimaksudkan ini, dari sudut nilai produksikah atau cerita? Adakah ia dinilai dari sudut genre atau cerita?

“Bagi saya itu adalah antara perkara perlu diperhalusi sebelum kita hendak melakukan penggredan ini. Kriteria pemilihan itu lebih penting daripada gred itu sendiri,” katanya yang sudah mengarah lima filem, termasuk Langgar dan Bangunan.

Sementara itu, pengarah Muzzamer Rahman atau Muzz Amer berharap, seandainya kuota dan penggredan dalam skim Wajib Tayang ini ditetapkan, Finas haruslah benar-benar telus dengan pemilihan dibuat.

Pada pendapat Muzz Amer, penggredan itu adalah idea yang bagus namun beliau tertanya, bagaimanakah pemilihan akan dibuat dan siapakah yang akan membuat pemilihan – Gambar Instagram, 8 Mac, 2024

“Idea ini bagi saya bagus dan ada manfaatnya sebab memang pun ada filem yang tidak layak untuk dapat skim Wajib Tayang itu.

“Tapi persoalannya, macam mana nak pilih? Siapa yang pilih dan pemilihan itu dibuat dari sudut apa? Satu perkara lagi, jika ada filem ditolak kerana tidak memenuhi piawaian ini, janganlah hanya mengatakan filem itu tidak layak tanpa berikan apa-apa penjelasan.

“Kita tidak mahu macam itu. Kita mahu Finas berikan penjelasan lebih terperinci kenapa ia tidak dipilih,” kata pengarah filem Prebet Sapu ini. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related