Hafiz Suip tumpang gembira kejayaan Amir Jahari, ‘dia definisi sebenar anak seni’

Hafiz antara artis yang terlibat dalam konsert By Ajay & Mega Friends di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemenangan Amir Jahari dalam Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) menerusi lagu ciptaannya, Hasrat baru-baru ini turut membuatkan Hafiz Suip berasa bangga dan tumpang gembira.

Apatah lagi mereka berdua adalah artis kelahiran Sarawak dan sama-sama pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro.

“Saya rasa memang dia layak untuk menang dengan lagu itu. Sebab saya tahu dan kenal Amir. Kami dah borak sama-sama. Saya juga pernah satu pentas dengan dia di AJL27 pada 2012.

“Saya pernah rasa dia akan menang. Amir Jahari seorang anak seni yang bagus kerana dia boleh buat segalanya. Dia boleh menyanyi, dia boleh menulis dan dia boleh mencita lagu.

“Definisi sebenar anak seni itu ada pada Amir Jahari dan pada malam AJL38, saya sudah dapat jangka dia akan menang dan saya rasa semua orang juga merasainya,” katanya kepada Scoop.

Hafiz menyifatkan Amir seorang anak seni yang bagus kerana dia boleh menyanyi, menulis dan mencipta lagu. – Gambar TV3, 10 Mac, 2024

Dalam perkembangan lain, Hafiz masih sibuk mempromosikan single baharunya, Terus Bersinar yang mula dilancarkan pada 30 Ogos 2023.

Bahkan, dia juga turut terlibat dalam konsert By Ajai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini.

“Saya bersyukur dijemput oleh komposer dan penyanyi Ajai untuk terlibat di dalam konsert ini. Saya memang teruja.

“Mengenai perancangan untuk kembali semula ke pentas AJL, Insya-Allah. Kita tengok macam mana nanti. Apa yang penting, saya akan terus berkarya demi peminat saya,” katanya.

Hafiz teruja menjadi sebahagian daripada konsert By Ajai & Mega Friends yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos ini. – Gambar Instagram Dayang Nurfaizah, 10 Mac, 2024

Hafiz, 34, menyertai AF7 pada 2009 dan muncul sebagai juara, manakala Amir pula tidak berjaya meraih sebarang kedudukan pada AF9.

Namun, Amir kini membuktikan dia juga boleh berdiri setanding dengan rakan-rakan AF lain yang sudah berjaya seperti Akim Ahmad, Stacy, Hazama serta Hafiz sendiri. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Related