Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711092364:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 325
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:88:" Selepas single Mati Rasa, Zaki mahu keluarkan pula single solo baharu bergenre soul R&B";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Jamal Abdillah
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mengakui gemar mengajuk cara dan gaya bapanya, Datuk Jamal Abdillah menyanyi di media sosial, Zaki Yamani mengakui dia hanya melakukan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749504366";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749927858";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749927858
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 180472
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Letak kami bertiga dalam satu bilik, cuba teka mana satu Jamal Abdillah sambil tutup mata: Zaki Yamani | Scoop

Letak kami bertiga dalam satu bilik, cuba teka mana satu Jamal Abdillah sambil tutup mata: Zaki Yamani

Selepas single Mati Rasa, Zaki mahu keluarkan pula single solo baharu bergenre soul R&B

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mengakui gemar mengajuk cara dan gaya bapanya, Datuk Jamal Abdillah menyanyi di media sosial, Zaki Yamani mengakui, dia melakukan perkara itu sekadar untuk suka-suka.

Bahkan, kata Zaki kepada Scoop, dia pernah mengajuk cakap bapanya itu secara depan-depan sewaktu mereka menjayakan show (persembahan) raya tahun lepas.

“Dia (Jamal) tengah nyanyi. Saya duduk sebelah dia. Saya tak buat apa-apa dan tengah-tunggu bahagian saya. Saya pun ajuklah cara dia menyanyi.

“Dia kemudian cakap dengan saya: “Ha buat lagi buat lagi. Nanti kau dapat anak macam tu, baru kau tau”. Dia cakap macam tu kat atas pentas. Kemudian semua orang gelak,” katanya.

Menurut Zaki lagi, tindakannya mengajuk cara dan gaya bapanya itu menyanyi berpunca disebabkan Jamal Gulung.

“Tahun lepas ayah saya pernah viral dengan Jamal Gulung. Orang kata saya pergi sekolah pun, kawan-kawan cakap benda yang sama. Jadi, saya pun amik kesempatanlah mengajuk dia.

“Saya tak rasa dia marah sebab dia mungkin tak tahu pun kewujudan video tu. Tapi, saya ajuk sikit-sikit sajalah, bukan ajuk lebih-lebih,” katanya.

Suara Zaki (kiri) dan abangnya, Osama Yamani (kanan) mempunyai persamaan dengan bapa mereka, Jamal. – Gambar media sosial, 22 Mac, 2024

Jelas Zaki lagi, adakalanya dia langsung tidak mengajuk pun suara bapanya itu kerana ia memang suara asli tapi tetap kedengaran seperti suara bapanya.

“Tak tahulah, sebab adakalanya suara itu memang suara saya pun. Tapi, bila dengar balik macam suara ayah saya. Saya pun tak tahu macam mana benda ni terjadi.

“Ada yang kata saya tiada identiti. Tapi, cubalah letak saya, abang saya (Osama Yamani) dengan ayah saya dalam satu bilik sambil tutup mata dan dengar kami bercakap, kemudian cuba teka yang mana satu Jamal Abdillah. Saya jamin, mesti ada yang tak dapat nak teka betul.

“Kalau boleh, saya memang nak lari pun dari suara ayah saya. Tapi, dah anakkan? Bila tak ajuk pun tetap dengar macam suara dia. Tapi bab mengajuk tu memang saya suka, sebab saya dan abang saya memang boleh buat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zaki baru sahaja muncul dengan single ciptaannya sendiri, Mati Rasa yang liriknya ditulis oleh rakannya.

Zaki baru sahaja muncul dengan single ciptaan sendiri, Mati Rasa yang liriknya ditulis oleh rakannya. – Ellyna Ali/Scoop, 22 Mac, 2024

“Saya juga bakal muncul dengan lagu raya bersama Nami dan beberapa rakan artis lain dalam masa terdekat ini. Lepas raya pula saya akan keluar dengan single solo terbaharu yang bergenre soul R&B.

“Saya memang meminati blues, jazz dan pop R&B. Tapi, saya baru sahaja meneroka genre muzik soul dan bila saya mendengarnya, ia sebenarnya tak jauh beza sangat daripada jazz.

“Saya minat soul R&B sebab ia kena dengan suara saya yang besar,” katanya. – 22 Mac, 2024

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related