Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1711242528:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 297
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 180980
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:62:"Lagu raya pertama Nabila berjudul Raya Mana? ciptaan Ezra Kong";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => lagu raya
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Lagu raya pertama Nabila berjudul Raya Mana? ciptaan Ezra Kong
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750047500";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:4:{i:16;i:1;i:19;i:1;i:9;i:1;i:4;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750047500
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bakal rai Aidilfitri bersama keluarga suami tahun ini, Nabila Razali teruja miliki lagu raya sendiri | Scoop

Bakal rai Aidilfitri bersama keluarga suami tahun ini, Nabila Razali teruja miliki lagu raya sendiri

Lagu raya pertama Nabila berjudul Raya Mana? ciptaan Ezra Kong

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Raya mana? Itulah soalan yang kerap diajukan kepada penyanyi Nabila Razali sepanjang Ramadan ini mengenai sambutan Aidilfitri pada kali ini.

Apa tidaknya, tahun ini adalah tahun pertama Nabila menyambut Ramadan setelah empat bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Eruwan yang dinikahinya pada 18 November tahun lalu.

Bercakap kepada Scoop, Nabila atau mesra disapa sebagai Bella berkata, seperti mana yang terkandung dalam lirik lagu raya pertamanya, Raya Mana? yang baru sahaja dilancarkan di pasaran semalam, dia bakal beraya di sebelah keluarga suaminya pada tahun ini.

“Cuma kami tak pasti lagi nak raya di KL atau Kelantan. Selalunya, suami saya akan beraya di KL sahaja sebab keluarganya memang menetap di sini.

“Tapi tahun ini, dia macam terasa nak beraya di Kota Bharu, Kelantan sebab masa hari perkahwinan, ramai saudara-maranya yang tidak berkesempatan untuk hadir.

“Tengoklah macam mana sebab perkara ini masih lagi dalam perbincangan. Tapi sebelum ini, saya dah pernah ikut dia pulang ke kampungnya di Kota Bharu,” katanya.

Mengulas mengenai lagu rayanya, Nabila berkata, dia sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk memiliki lagu raya sendiri.

“Tapi baru sekarang ia menjadi kenyataan dan saya benar-benar happy (gembira) apabila Ezra Kong yang mencipta lagu raya pertama saya ini. Saya tak tahu kenapa, tapi kalau Ezra cipta lagu untuk saya, mesti ia menjadi. Macam ada keserasian pula antara kami.

“Mengenai mesej lagu raya ini, saya tidak pernah beritahu Ezra supaya menulis mengenai isu suami dan isteri nak sambut dan pulang beraya di mana. Saya cuma bagitahu, saya mahukan sebuah lagu raya yang sedap dan catchy.

“Tapi tak sangka pula dia buat lagu pasal isu tersebut. Kebetulan, ia memang kena betul dengan diri saya. Tapi yang seronoknya, saya dapat bawakan lagu raya sendiri. Tidaklah asyik nyanyikan lagu orang lain sahaja,” katanya.

Tahun ini merupakan Ramadan yang cukup sibuk bagi Nabila. Selain mengeluarkan lagu rayanya sendiri, dia juga baru sahaja mengeluarkan koleksi tudung serta biskut rayanya. -24 Mac, 2024

Topics

 

Popular

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related