Insurans penentu produksi pilihan Remy Ishak

Remy turut berkata kerjasama Finas dan Perkeso sepatutnya sudah dilaksanakan sejak dahulu, terutama kepada mereka yang terlibat dalam filem aksi

2:00 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Tindakan sesetengah produksi filem yang tidak memberi insurans kepada pelakon menjadi punca banyak isu berbangkit terutama melibatkan kebajikan penggiat seni.

Justeru, kata pelakon popular Remy Ishak, dia akan memastikan pihak produksi memberi insurans kepada pelakon sebelum bersetuju untuk berlakon dalam sesebuah filem atau drama.

“Biasanya, saya akan memastikan sebelum bersetuju untuk berlakon dalam sesuatu filem, saya akan memastikan pihak produksi itu akan menyediakan insurans terlebih dahulu,’’ katanya ketika ditemui pada sidang media filem The Expert di ibu kota, hari ini.

Pelakon itu mengulas mengenai langkah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang akan menaja 4,500 penggiat seni bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.

Remy, 42, yang pernah membintangi Jangan Menangis Cinta, Pulang dan Nur Kasih memuji langkah berkenaan meskipun ia sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu, terutama kepada mereka yang terlibat dalam filem aksi.

“Kalau Finas nak ambil langkah ini, sepatutnya dari dulu lagi iaitu apabila syarikat produksi ingin memulakan penggambaran,’’ katanya.

Remy yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama turut berharap pihak terbabit akan memudahkan urusan pendaftaran dan meningkatkan penyertaan artis-artis tempatan menerusi insentif tersebut pada masa hadapan.

Manakala bintang filem Sheriff, Syafiq Kyle, 31, pula berharap pihak yang terlibat akan lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada penggiat seni supaya kebajikan mereka terjamin.

Syafiq Kyle pula berharap pihak yang terlibat akan lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat berkaitan insentif Finas dan Perkeso itu kepada penggiat seni supaya kebajikan mereka terjamin – Faiz Mohamed/Scoop, 1 Mei, 2024

“Saya rasa inisiatif ini harus diteruskan dan disebarkan juga kerana masih belum diketahui dengan meluas dalam kalangan artis-artis. Melalui pengalaman saya, saya tengok bapa saya mencarum Perkeso dan mereka akan membantu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

“Kalau orang yang bekerja di pejabat pun mencarum dengan Perkeso jadi apatah lagi artis-artis yang terlibat dalam perfileman aksi yang mempunyai risiko kemalangan.

“Saya rasa ia sangat bagus kerana saya sendiri sebagai freelance tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku,’’ katanya yang mempunyai insurans kesihatan sendiri.

Sementara itu, Jay Iswazir, 41, yang sering berlakon di dalam filem aksi lagak ngeri melihat insiatif berkenaan sebagai pembelaan kepada penggiat seni.

“Ia merupakan alternatif yang baik, terutama kepada golongan seperti kami yang bekerja sendiri,’’ katanya. – 1 Mei, 2024

Jay Iswazir yang sering berlakon di dalam filem aksi lagak ngeri melihat insiatif berkenaan sebagai pembelaan kepada penggiat seni – Faiz Mohamed/Scoop, 1 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related