Sikap ambil mudah kontrak, kegagalan komunikasi punca banyak masalah dalam produksi: Zahrin Aris

Ada penggiat seni yang tidak memahami isi kontrak atau terma bayaran dalam kontrak ketika menurunkan tanda tangan, terutama jika ia disediakan dalam bahasa Inggeris

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sikap ambil mudah kontrak yang ditandatangani dan kegagalan komunikasi dua hala secara berkesan antara punca masalah membabitkan syarikat produksi dengan pekerja filem ketika menjayakan projek drama atau filem.

Bercakap kepada Scoop, Setiausaha Kehormat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Zahrin Aris berkata, kedua-dua perkara itu adalah masalah utama yang tidak akan berpenghujung jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

“Sikap mengambil mudah kontrak yang ditandatangani dalam kalangan penggiat seni memang kerap berlaku. Sudah tandatangan tapi mereka tak simpan kontrak kerana ia dihantar semula kepada penerbit untuk distamping kemudian tidak dikembalikan dan mereka juga tidak punya sebarang salinan kontrak.

“Ada yang main tandatangan sahaja tapi langsung tidak faham isi kontrak atau terma bayaran pada kontrak tersebut, lebih-lebih lagi kalau ia disediakan dalam bahasa Inggeris. Memang ada yang tidak ambik peduli walaupun sudah berkali-kali diingatkan untuk membaca dan memahami kontrak.

“Pernah juga saya bantu penggiat seni yang mengatakan berlaku perlanggaran kontrak apabila mereka tak terima bayaran akhir projek drama yang dijayakan. Bila saya tengok kontrak mereka, tertera di dalam kontrak bahawa bayaran terakhir hanya dibuat pada TX date (tarikh tayangan). Ertinya memang lambatlah bayaran diterima,” katanya.

Setiausaha Kehormat merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Zahrin Aris berkata, kegagalan komunikasi dua hala berkesan antara punca berlakunya masalah berlarutan melibatkan kontrak dan isu bayaran dalam sesebuah produksi. – Gambar Zahrin Aris, 28 Mei, 2024

Menurut Zahrin lagi, sikap penggiat seni sewaktu berurusan dengan penerbit selaku majikan juga adakalanya agak keterlaluan kerana tidak menggunakan pendekatan lebih diplomasi.

“Sepatutnya mereka tengok dulu kontrak sebelum membuat tanggapan atau andaian bahawa wujudnya pelanggaran kontrak. Adakalanya mereka ini tidak dapat bayaran akhir kerana majikan tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang mereka lakukan.

“Tapi, saya juga tidak nafikan, memang ada juga pihak majikan yang gagal menjelaskan kepada penggiat seni mengenai isu mereka tidak dibayar kerana kerja tidak memuaskan. Sepatutnya perkara ini dijelaskan.

“Bagi saya, isu sikap dan kegagalan komunikasi dua hala secara berkesan ini tidak akan ada penghujungnya jika Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tidak melakukan sesuatu,” katanya.

Jelas Zahrin lagi, isu mengenai bayaran tidak sepatutnya timbul kerana ia harus dijelaskan di peringkat pra produksi iaitu peringkat awal sebelum sesuatu projek bermula.

“Semua hal berkaitan produksi termasuk bayaran seharusnya diperincikan dahulu dan jika ada majikan yang tidak puas hati dengan hasil kerja penggiat seni dan enggan membuat pembayaran akhir, perkara itu haruslah dimaklumkan kepada mereka.

“Biasanya itu adalah kerja Pengurus Produksi (PM). Tapi, ada PM yang jelaskan dan ada juga yang tidak dan hanya buat diam sahaja.

“Atas sebab itulah, (Finas) mengambil keputusan untuk mengeluarkan standard kontrak yang boleh digunapakai untuk semua pihak dalam industri ini agar tidak timbul lagi isu tidak puas hati mengenai bayaran dan kontrak yang tidak menyebelahi mereka,” katanya. – 28 Mei, 2024

Topics

 

Popular

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related