Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1718011069:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 821
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 206559
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-119484
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:142:"Spider bakal mengeluarkan dua single baharu untuk projek album kompilasi mereka selepas kembali bernaung dengan Luncai Emas sejak sebulan lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Spider
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748446914";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748052541";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748191358";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748446914
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Suntik bunyian elektronik dalam single baharu, Tam tidak mahu Spider jadi macam Maroon 5 | Scoop

Suntik bunyian elektronik dalam single baharu, Tam tidak mahu Spider jadi macam Maroon 5

Spider bakal mengeluarkan dua single baharu untuk projek album kompilasi mereka selepas kembali bernaung dengan Luncai Emas sejak sebulan lalu

5:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Demi memastikan terus kekal relevan berada di dalam industri, kumpulan Spider akur harus mengikuti arus perubahan muzik masa kini dengan menerapkan bunyian elektronik di dalam dua single terbaharu mereka yang bakal berada di pasaran pada Julai nanti.

Biarpun begitu vokalisnya, Tam Mustafah ketika ditemui Scoop berkata, Spider tetap akan mengekalkan bunyian ‘signature’ rock ska mereka yang sudah sekian lama mesra di telinga dan jiwa pengikut serta peminat sejak kemunculan album pertama mereka, Ngam Ho pada 1999.

“Perubahan yang kami lakukan tidaklah terlalu besar mana. Cukup sekadar untuk mencari peminat baharu. Kalau diubah terlalu banyak, bimbang pula peminat lama akan lari.

“Cuba lihat apa jadi kepada Maroon 5. Kiblat muzik asal mereka lari dengan terlalu jauh bila mereka ubah muzik kepada elektronik, akibatnya peminat lari.

“Ia suatu perkara yang bahaya dan kami juga turut mengambil iktibar supaya hal seperti ini tidak terjadi kepada Spider. Ertinya, walaupun kami cuba buat sesuatu perubahan tapi kami seimbangkan juga dengan apa yang sudah kami ada supaya paksi kami sebagai band muzik yang bermain instrumen tidak hilang atau lenyap,” katanya.

Tam dan Spider kini kembali bernaung di bawah syarikat rakaman lama, Luncai Emas milik Datuk M Nasir (tengah). – Gambar Tam Mustafah dan Spider FB, 10 Jun, 2024

Menurut Tam, penghasilan dua single terbaharu itu juga bukanlah dilakukan bersempena dengan konsert solo mereka, Spider Keluar Sarang Live in Kuala Lumpur 2024 di Zepp Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

“Sebaliknya, dua single baharu ini dilakukan untuk projek album kompilasi kami untuk pengeluaran Vinyl (piring hitam) dengan Luncai Emas.

“Atas sebab itu, kami juga tidak akan menyanyikan dua single baharu itu di dalam konsert solo kami nanti,” katanya.

Projek album kompilasi ini juga menyaksikan kembalinya Spider di bawah naungan syarikat rakaman lama mereka iaitu Luncai Emas milik Datuk M Nasir.

“Selepas menghasilkan album keenam, Ankabut pada 2016, kontrak kami bersama Luncai Emas turut berakhir dan kami tidak menyambungnya kerana cuba membuat projek sendiri dan mencari angin baharu.

“Kalau asyik duduk di label yang sama, tidak seronok juga kerana kita juga mahu dapatkan input-input baharu. Tetapi bila difikirkan semula, mana-mana label juga punya undang-undang serta regulasi yang sama, tinggal lagi kita selesa atau tidak selesa dengan sesuatu label itu.

“Setelah ketiadaan Tony yang meninggal dunia 2021 dan keadaan Nafie yang ketika ini tidak sihat, Datuk M Nasir bersama Pengarah Produksi, Keon Omar bertanya, tak mahu sambung kontrak dengan Luncai Emas?

“Jadi, akhirnya setelah lapan tahun, Spider kembali semula ke pangkuan Luncai Emas setelah menandatangani kontrak kira-kira sebulan lalu,” katanya. – 10 Jun, 2024

Topics

 

Popular

Photo of the day: Hands on with work and family

Tailor Nora Ronas works overtime to meet customers’ orders for new “baju raya” ahead of Hari Raya Aidilfitri in about two weeks. With many hours spent at work, she keeps her children close by at her shop in Keramat Mall.

Nervous Nur Izzuddin ties the knot

National men’s doubles shuttler, Nur Izzuddin Rumsani, bid farewell to his bachelorhood as he married the love of his life, Mawar Mutiara, in a ceremony last night. 

MSSSC denies violence allegations amid Gurdwara Cup drama

Acknowledging that while there was verbal altercation, no physical violence occurred, asserts council president

Related